awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara polis meninggal dunia dua jam selepas kereta terbabas

Sinar Harian
Sinar Harian
08/11/2021
21:15 MYT
Pesara polis meninggal dunia dua jam selepas kereta terbabas
Perodua Myvi dipandu mangsa terbabas di Jalan Gong Badak, Kuala Nerus pada Isnin. -Foto Sinar Harian
KUALA NERUS: Seorang pesara polis meninggal dunia kira-kira dua jam selepas kereta dipandunya terbabas berhampiran hospital pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Jalan Gong Badak di sini kira-kira jam 10.20 pagi Isnin.
Mangsa, Mohd Anuai Yusoh, 66, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada jam 12.46 tengah hari.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu, Superintendan Ismail Man berkata, ketika kejadian, kereta jenis Perodua Myvi dipandu mangsa dari arah lampu isyarat UniSZA menghala ke Kampung Pok Tuyu.
"Tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai melanggar tiang papan tanda sebelah kiri jalan menyebabkan kenderaannya berpusing sebelum terlanggar kotak lampu Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berada di kiri bahu jalan.
"Insiden menyebabkan kenderaan dipandu mangsa mengalami beberapa kerosakan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Ismail berkata, mangsa yang beralamat di Kampung Gong Datuk, Mengabang Telipot di sini dikejarkan ke hospital oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian.
Menurutnya, setakat ini punca kematian mangsa masih dalam siasatan.
"Bedah siasat akan dijalankan selepas keputusan ujian calitan Covid-19 ke atas mangsa diperoleh," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pesara polis
#UniSZA
#kereta terbabas
#Mohd Anuai Yusoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan