awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara polis rugi lebih RM310,000 diperdaya 'phone scam'

Bernama
Bernama
05/06/2024
15:34 MYT
Pesara polis rugi lebih RM310,000 diperdaya 'phone scam'
Shahrulanuar berkata individu itu mendakwa mangsa tersenarai antara suspek yang akan ditahan bagi kes penggubahan wang haram dan segala aset serta wang miliknya akan dibekukan. - Gambar hiasan/Pixabay
JOHOR BAHRU: Seorang pesara polis mengalami kerugian lebih RM310,000 selepas terperdaya dengan sindiket "phone scam" atau penipuan melalui panggilan telefon.
Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supt Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata wanita berusia 60 tahun itu mendakwa menerima panggilan telefon daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai polis dari Pejabat Polis Kontinjen Perak.
Beliau berkata individu itu mendakwa mangsa tersenarai antara suspek yang akan ditahan bagi kes penggubahan wang haram dan segala aset serta wang miliknya akan dibekukan.
"Suspek meminta mangsa untuk menyerahkan maklumat perbankan akaun milik mangsa bagi tujuan kononnya untuk siasatan pihak Jabatan Audit Negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mangsa juga membuat pindahan wang ke dua akaun berbeza secara berperingkat berjumlah RM66,050 pada bulan lepas.
"Pada 3 Jun, mangsa membuat semakan melalui sistem perbankan atas talian dan mendapati terdapat pengurangan wang sebanyak RM244,945.78 dalam akaun bank milik mangsa. Jumlah keseluruhan kerugian sebanyak RM310,995.78," katanya.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket
#pesara polis
#phone scam
#sistem perbankan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan