KUALA TERENGGANU: Seorang pesara syarikat swasta kerugian RM142,300 setelah terperdaya dengan iklan jualan sebuah kenderaan pacuan empat roda melalui media sosial.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata lelaki berusia 55 tahun itu tertarik dengan iklan jualan kenderaan jenis Mitsubishi Pajero di Facebook yang kononnya dilelong pihak bank pada harga RM28,000 pada 13 Mei lepas.
Beliau berkata mangsa yang berminat dengan tawaran harga itu menghubungi suspek melalui aplikasi WhatsApp dan membuat dua kali pindahan wang bagi tujuan deposit berjumlah RM6,450 serta pindahan ketiga bagi tujuan insurans sebanyak RM4,850 pada hari sama.
"Mangsa juga diminta membuat pembayaran bagi pelepasan pihak kastam dan lelaki itu melakukan 26 kali pindahan wang yang keseluruhan berjumlah RM131,000," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Khairi berkata mangsa dijanjikan wang yang telah dibayarnya menggunakan wang simpanan persaraan akan dipulangkan semula setelah urusan jual beli kenderaan tersebut selesai.
Namun katanya setelah didesak suspek untuk membuat pembayaran atas pelbagai alasan lagi, mangsa telah membuat laporan polis pada Khamis lepas (16 Mei).
Menurutnya orang ramai yang merasakan diperdaya dengan modus operandi penipuan boleh segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2024

Lelaki itu tertarik dengan iklan jualan kenderaan jenis Mitsubishi Pajero di Facebook yang kononnya dilelong pihak bank.

Lima penyamun 'mengganas' di Kota Tinggi ditahan
Polis merampas semula barangan samun termasuk rantai tangan emas dan telefon bimbit, serta senjata parang dan pakaian yang digunakan semasa kejadian.
Tiada layanan dua darjat isu Jalur Gemilang, siasat semua pihak
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan tiada layanan dua darjat dalam isu Jalur Gemilang dan siasatan dilakukan tanpa mengira pihak.

Pengusaha babi di Ayer Kuning beroperasi ikut SOP - Ahmad Zahid
Beliau berkata pengusaha berkenaan sudah mendapat lesen mengusahakan ternakan mereka sejak sekian lama.

Audi mulakan pemasangan Audi Q7 di Pekan, Pahang
Malaysia telah dikenal pasti sebagai hab pengeluaran serantau untuk kenderaan Audi di ASEAN.

Vietnam mulakan pembinaan landasan kereta api laju utara-selatan menjelang 2026
Kerajaan Vietnam menetapkan tarikh akhir bagi majlis pecah tanah projek landasan kereta api berkelajuan tinggi utara-selatan selewat-lewatnya pada 31 Dis 2026, lapor Xinhua.
AWANI Ringkas: Jalur Gemiang: KPM mohon maaf atas kecuaian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

India gantung perjanjian perkongsian air dengan Pakistan susulan ketegangan di Kashmir
India pada Rabu menggantung perjanjian air yang berlangsung selama beberapa dekad dengan negara jirannya, Pakistan.

Kes hasutan: Mahkamah benar rayuan Chegu Bard batal 'gag order'
Panel hakim mendapati bahawa perintah larangan bersuara tidak diperlukan dan merujuk kepada kes Papagomo sebagai rujukan.

Pameran Semangat ASEAN imbas sejarah penubuhan, ketengah kebersamaan serantau
Pelbagai koleksi sejarah pembentukan ASEAN dari tahun 1967 hingga 1976 berjaya diiktiraf di bawah Daftar Warisan Dunia UNESCO.

Empat termasuk seorang wanita didakwa membunuh
Tiga lelaki dan seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di Sentul, minggu lepas.

Dua individu ditahan terlibat sindiket menyamar ejen pengeluaran motosikal sitaan polis
Penahanan itu susulan laporan oleh seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun yang mendakwa menjadi mangsa kes penipuan berkenaan.

Jumlah kerugian tipu dalam talian di Jasin catat RM1.9 juta setakat Mac
Jumlah kerugian akibat jenayah penipuan dalam talian di Jasin merekodkan sebanyak RM1.9 juta setakat suku pertama tahun ini.

PM Anwar prihatin, rumah pusaka keluarga di Permatang Pauh dibaik pulih
Seorang wanita yang menjaga dua abangnya yang uzur dan OKU menarik nafas lega apabila rumah mereka di Pekan Permatang Pauh, di sini yang usang sekali lagi mendapat perhatian Perdana Menteri.

Ahli perniagaan rugi RM89,000 akibat projek tidak wujud
Seorang ahli perniagaan kerugian kira-kira RM89,000 selepas menjadi mangsa kes penipuan projek tidak wujud di Miri.

Pesara rugi hampir RM400,000 akibat penipuan dalam talian
Mangsa membuka akaun perniagaan dalam talian menerusi aplikasi Amazon dan TikTok setelah diperkenalkan oleh seorang individu melalui WhatsApp.

Akauntan turut jadi mangsa skim pelaburan tidak wujud, rugi lebih RM60,000
Polis mengesahkan seorang akauntan kerugian RM65,520 selepas diperdaya sindiket skim pelaburan tidak wujud di aplikasi Telegram.

Suri rumah rugi RM147,753 terperdaya kerja dalam talian
Seorang suri rumah kerugian RM147, 753 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan menerusi aplikasi media sosial.

Peniaga wanita rugi lebih RM50,000 ditipu sindiket kerja sambilan
Wanita berusia 32 tahun itu telah melayari sebuah laman sesawang yang menawarkan pekerjaan sambilan dengan tawaran komisen tinggi.

Bekas remisier didakwa tipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan berhubung pembelian saham
Seorang bekas remisier mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen menipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan dalam urusan pembelian saham pembekalan peralatan golf, tahun lepas.

Pesara swasta rugi RM873,000 terperdaya pelaburan saham tidak wujud
Lelaki warga emas itu berminat untuk membuat pelaburan yang menjanjikan keuntungan sebanyak 10 hingga 30 peratus dalam tempoh tiga hari.