awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM mahu DPA dibawa ke Parlimen segera, perkukuh usaha jejak aset jenayah
Dr Akmal letak jawatan bukan tekanan kepada UMNO - Ahmad Zahid
Sangka ikan besar di Sungai Kelantan, rupanya wanita hampir lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara rugi lebih RM90,000 diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
19/08/2025
03:50 MYT
Pesara rugi lebih RM90,000 diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud
Azli berkata mangsa menyedari ditipu setelah gagal mengeluarkan wang daripada akaun pelaburan berkenaan. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Seorang pesara kerajaan kerugian sebanyak RM94,463 selepas diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada 14 Ogos lepas, lelaki berusia 59 tahun itu telah melihat iklan pelaburan di aplikasi Telegram.
Beliau berkata mangsa telah mengikuti arahan diberikan oleh suspek dengan mendaftar di satu laman web pelaburan menggunakan nama KAS Investment Funds Bhd.
"Mangsa yang berasal dari Batu Rakit di Kuala Nerus membuat pelaburan awal sebanyak RM200 dan didapati jumlah keuntungan yang tersimpan dalam akaun pelaburan miliknya meningkat dengan mendadak.
"Mangsa kemudiannya membuat tambahan pelaburan berjumlah RM94,263 kepada enam akaun berbeza bermula 14 hingga 17 Ogos dengan harapan mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata mangsa menyedari ditipu setelah gagal mengeluarkan wang daripada akaun pelaburan berkenaan.
"Mangsa membuat laporan polis pada 8.17 malam tadi setelah kehilangan wang pampasan pencen sebanyak RM94,463 dalam sekelip mata. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesara
#sindiket pelaburan
#Azli Mohd Noor
#Telegram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan