awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sumud Nusantara buka penyertaan sertai sukarelawan GSF 2.0
BE 2026 bantu fahami isu bekalan dan permintaan pelbagai industri di Malaysia - Ketua Perangkawan
Ponggal: Enam fakta di sebalik pesta kesyukuran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Akmal letak jawatan bukan tekanan kepada UMNO - Ahmad Zahid

Sinar Harian
Sinar Harian
15/01/2026
09:29 MYT
Dr Akmal letak jawatan bukan tekanan kepada UMNO - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid (tiga dari kanan) melancarkan logo baharu Kelab UMNO Luar Negara di WTC pada Khamis. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Tindakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka adalah keputusan peribadi dan tidak memberi tekanan kepada parti itu untuk menghentikan kerjasama dengan Kerajaan Perpaduan.

Ringkasan AI
  • Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka adalah keputusan peribadi tanpa tekanan untuk menghentikan kerjasama dengan Kerajaan Perpaduan.
  • Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa keputusan tersebut telah dibincangkan terlebih dahulu bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, serta memberi peluang kepada Muhamad Akmal untuk turun ke akar umbi dan menggerakkan jentera Pemuda.
  • Muhamad Akmal menjelaskan bahawa keputusan meletak jawatan itu dibuat demi kepentingan parti berdasarkan suara akar umbi yang menuntut agar parti tidak bersama-sama DAP, sambil menegaskan tindakannya berasaskan tanggungjawab, prinsip, dan maruah, serta bersedia melawan pihak yang menyerangnya.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, keputusan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu telah dibincangkan terlebih dahulu bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
"Beliau (Dr Akmal) telah berbincang dengan saya dan Rauf. Saya menghormati pendirian beliau untuk melepaskan jawatan sebagai Exco Melaka.
"Mungkin dengan itu, beliau mempunyai masa dan ruang yang cukup untuk turun ke akar umbi, terutamanya ke bahagian kerana kita ada 191 bahagian Pemuda.
"Mudah-mudahan itu peluang beliau untuk turun ke bawah bagi menggerakkan jentera Pemuda," katanya ketika ditemui selepas melancarkan logo baharu Kelab UMNO Luar Negara di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, pada Khamis.
Sebelum ini, Muhamad Akmal ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 menjelaskan, keputusannya meletakkan jawatan itu dibuat demi kepentingan parti disebabkan suara akar umbi yang menuntut agar parti tidak lagi bersama-sama DAP.
Malah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu menegaskan, tindakan tersebut juga berasaskan tanggungjawab, prinsip dan maruah, selain memberi amaran bahawa beliau akan terus melawan habis-habisan pihak yang bercakap tentangnya.
Mengulas perkara itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri memaklumkan bahawa beliau akan bertemu dengan Muhamad Akmal bagi mendapatkan penjelasan lanjut, termasuk bertanya pihak mana yang mahu 'diserang'.
"Saya ingin tahu daripada beliau. Nanti saya akan jumpa dengan dia, (tanya) nak serang siapa," ujarnya. -Sinar Harian

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Mengapa Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka? A: Keputusan meletakkan jawatan itu adalah keputusan peribadi beliau demi kepentingan parti, disebabkan suara akar umbi yang menuntut agar parti tidak lagi bersama-sama DAP.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung dengan keputusan meletakkan jawatan oleh Muhamad Akmal? A: Ahmad Zahid memaklumkan bahawa keputusan Meletakkan jawatan itu telah dibincangkan terlebih dahulu bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, dan beliau menghormati keputusan peribadi Muhamad Akmal.
  • Q: Apakah yang diungkapkan oleh Muhamad Akmal mengenai tindakannya meletakkan jawatan? A: Muhamad Akmal menjelaskan bahawa keputusannya meletakkan jawatan itu berasaskan tanggungjawab, prinsip, dan maruah, serta beliau akan terus melawan pihak yang bercakap tentangnya.

Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Muhamad Akmal Saleh
#Perhimpunan Agung UMNO
#letak jawatan
#Ab Rauf Yusoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan