awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara rugi RM4,000 diperdaya 'parcel scam'

Sinar Harian
Sinar Harian
07/05/2022
03:45 MYT
Pesara rugi RM4,000 diperdaya 'parcel scam'
Kejadian itu bermula apabila mangsa berusia 62 tahun berkenalan dengan wanita berkenaan dikenali sebagai Jeniffer pada Isnin lepas.
JEMPOL: Percaya dengan janji seorang wanita yang ingin menghantar duit sebanyak AS$450,000 (RM1.9 juta) dalam bentuk bungkusan, seorang pesara lelaki mengalami kerugian RM4,000 selepas terpedaya dengan sindiket 'parcel scam'.
Ketua Polis daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kejadian itu bermula apabila mangsa berusia 62 tahun berkenalan dengan wanita berkenaan dikenali sebagai Jeniffer pada Isnin lepas semasa melayari Facebook.
"Wanita itu kemudiannya menghantar pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp.
"Dalam perbualan itu, dia memberitahu berasal dari negara Yaman dan ingin datang ke Malaysia. Selepas beberapa hari berkenalan, wanita itu memberitahu ingin menghantar duit sebanyak AS$450,000 dalam bentuk bungkusan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Chang Hook berkata, pada Khamis lepas mangsa menerima WhatsApp dan meminta mangsa membuat pembayaran sebanyak RM4,000 sebagai pembayaran barang tersebut.
"Mangsa seterusnya memasukkan wang sebanyak RM4,000 ke dalam akaun bank atas nama seorang individu. Bagaimanapun, dia diminta membayar RM15,000 lagi tetapi mangsa tidak membuat bayaran itu sebelum menyedari dirinya ditipu.
"Mangsa telah membuat laporan polis pada Jumaat dan kes diteruskan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#bungkusan
#pesara
#sindiket
#parcel scam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan