awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara tentera maut, anak parah dirempuh kereta di Padang Besar

Bernama
Bernama
08/03/2025
08:30 MYT
Pesara tentera maut, anak parah dirempuh kereta di Padang Besar
Mangsa berusia 49 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala anaknya berusia 16 tahun yang merupakan pembonceng motosikal sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF). - Gambar/ Sinar Harian
KANGAR: Seorang pesara tentera maut, manakala anak lelakinya cedera parah apabila motosikal yang dinaiki mereka, dirempuh sebuah kereta Honda Civic di Jalan Dato Kayaman, Beseri dekat Padang Besar, malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Besar Supt Sarih Salleh berkata dalam kejadian pada 7.45 malam itu, mangsa berusia 49 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala anaknya berusia 16 tahun yang merupakan pembonceng motosikal sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.
"Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 33 tahun yang bekerja sebagai pencuci kereta dari arah Jalan Dato Kayaman-Jejawi, dipercayai bergerak pada kelajuan tinggi sebelum hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang motosikal dinaiki dua beranak itu.
"Akibat hentaman kuat, motosikal tersebut terbabas dan melanggar tiang lampu jalan manakala kereta terbabas melanggar tembok longkang di arah bertentangan. Pemandu Honda Civic mengalami kecederaan parah dan kini menerima rawatan di HTF," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sarih berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Muzammil Zamree di talian 04-9490222.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#padang besar
#dua beranak
#motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan