KLUANG: Sebuah pesawat M81-11 (Agusta L109H) melakukan pendaratan cemas di Landasan Terbang Kluang, Rejimen 881 Pasukan Udara Tentera Darat (Rej 881 PUTD) Kem Mahkota di sini, pada pukul 1.35 pagi tadi.
Menurut kenyataan Sel Perhubungan Raya Tentera Darat (PRTD), insiden itu melibatkan tiga anak kapal yang terdiri daripada seorang jurulatih helikopter, seorang penuntut kursus dan seorang krew kuatermaster.
Kejadian berlaku semasa sesi Latihan Penerbangan Malam, Kursus 'Army Aviation Basic Officer Course' di landasan berkenaan.
"Kesemua krew dalam keadaan sedar dan hasil pemeriksaan awal mendapati beberapa kecederaan dialami pegawai serta anggota seperti patah tulang belakang dan luka pada beberapa bahagian anggota badan, serta lain-lain kecederaan yang masih belum dikenal pasti.
"(Bagaimanapun), kesemua mereka berada dalam keadaan stabil dan telah dibawa ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini bagi menerima rawatan lanjut," menurut kenyataan itu.
Susulan itu, PRTD memaklumkan bahawa Tentera Darat Malaysia (TDM) melaksanakan tindakan henti terbang sementara (temporary grounded) bagi helikopter berkenaan dan satu Lembaga Siasatan akan disidangkan bagi mengenal pasti punca kejadian.
"Kita juga memohon agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan mendoakan supaya kesemua anak kapal diberikan kesembuhan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 28 2024

Tentera Darat Malaysia melaksanakan tindakan henti terbang sementara terhadap helikopter berkenaan dan satu Lembaga Siasatan akan disidangkan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Jelasnya dalam satu kenyataan, Peraturan ini menetapkan bahawa ahli tidak boleh membahaskan perkara yang sedang diadili atau subjudis dengan cara yang boleh menjejaskan kepentingan pihak-pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.
Insiden tembak Setia Alam: Pekerja pembersihan cedera bahagian kaki
Polis percaya sekurang-kurangnya lapan das tembakan telah dilepaskan suspek terhadap mangsa menggunakan pistol.

Insiden tembakan Setia Alam: Polis sudah kenal pasti suspek
Polis dalam usaha mengesan dan menangkap suspek yang juga mempunyai 11 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

ACLE: AFC anggap cipta impak besar, Arif Aiman kekal rendah diri
Pemain sayap lincah berkenaan memilih untuk merendah diri dan memberikan kredit penuh buat pasukannya.

JPJ Perak sita 143 motosikal dalam operasi Tahun Baharu Cina
Sebanyak 143 motosikal disita daripada 24,494 motosikal yang diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dalam Operasi Khas Motosikal bersempena dengan Tahun Baharu Cina 2025 yang dilaksanakan se

Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di PPS terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat pagi ini.

Lima peratus daripada 8,529 KRT seluruh negara pasif
JPNIN mengesan sebanyak lima peratus daripada 8,529 KRT yang berdaftar di seluruh negara didapati tidak lagi aktif.

Mangsa insiden tembakan di pusat beli-belah Setia Alam stabil - KP Selangor
Mangsa kini ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan dia stabil.

Piala FA: Gol Mitoma pastikan Brighton bangkit singkir Chelsea
Kaoru Mitoma muncul wira dengan menjaringkan gol kemenangan untuk membawa The Seagulls ke pusingan kelima.

Kumpulan pendatang protes dasar imigresen Trump
Kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di luar Kelab Golf Antarabangsa Trump pada Sabtu bagi membantah dasar imigresen Presiden Donald Trump.

Pesawat Ural Airlines Rusia lakukan pendaratan cemas di Mesir setelah berlepas - Pihak berkuasa
Pesawat yang membawa 236 penumpang itu mendarat selepas kapten pesawat melaporkan kerosakan teknikal pada satu daripada enjinnya.

Pesawat KLM lakukan pendaratan cemas di Norway
Bunyi "dentuman kuat" kedengaran di dalam kabin sejurus selepas pesawat berlepas.

Pesawat India menuju London dilencongkan ke Jerman selepas ancaman bom
Ancaman itu disampaikan melalui platform media sosial X, dengan mendakwa bom yang dipasang di dalam pesawat yang dikendalikan Vistara.

Juruterbang Turkish Airlines meninggal dunia semasa bertugas di udara
Pehlivan tidak sedarkan diri selepas penerbangan berlepas dari Seattle pada Selasa malam dan pesawat itu terpaksa melakukan pendaratan cemas di New York.

Pesawat India lakukan pendaratan cemas di Turkiye akibat ‘ancaman bom’
Pesawat Vistara Airlines dilaporkan dalam perjalanan dari India ke Jerman apabila ia melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Erzurum.

Tiga hilang selepas helikopter Pengawal Pantai India terhempas di Laut Arab
Tiga kru dilaporkan hilang selepas sebuah helikopter Pengawal Pantai India terhempas di Laut Arab berhampiran pantai Gujarat pada malam Isnin.

Gelora udara: 'Kami fikir akan mati' - Penumpang Air Europa kongsi pengalaman ngeri
Ada penumpang Air Europa tercampak sehingga ruang bagasi atas kepala akibat kejadian gelora udara.

Pesawat M81-11 TDM lakukan pendaratan cemas, anak kapal cedera
Insiden melibatkan tiga anak kapal yang terdiri daripada seorang jurulatih helikopter, seorang penuntut kursus dan seorang krew kuatermaster.

Pendaratan cemas: Dua kru pesawat Piper selamat - Bomba Selangor
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan dua kru pesawat ringan Piper PA-28-161 yang melakukan pendaratan cemas di satu kawasan lapang dekat Pelabuhan Klang hari ini selamat.

Pesawat ringan mendarat cemas di tapak ECRL, dua individu selamat
Sebuat pesawat ringan jenis Piper PA-28-161 kendalian Kelab Penerbangan Subang melakukan pendaratan cemas di sebuah kawasan lapang berhampiran Pelabuhan Klang, pada Khamis.