MALAYSIA

Pesawat Malaysia Airlines Berhad bantu Rayani Air bawa pulang penumpang terkandas

Nizam Bakeri 09/02/2016 | 15:17 MYT
Para penumpang yang terkandas dibantu oleh penerbangan sewa khas MAB untuk tiba ke destinasi - Foto Twitter/Mohd Hisham Salleh
Malaysia Airlines Berhad (MAB) telah menghantar dua pesawat untuk membantu penumpang Rayani Air yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi hari ini.
Menurut sumber MAB, penerbangan MH8630 berlepas dari Kuala Lumpur ke Langkawi pada jam 9.30 malam dan penerbangan MH8361 berlepas dari Langkawi ke Kuala Lumpur dua jam kemudian.
Sumber tersebut turut menjelaskan penerbangan sewa khas atau charter flight sebegini merupakan urus niaga lazim yang dilakukan oleh syarikat penerbangan yang menjalankan kerjasama dengan banyak syarikat lain.
Penerbangan sewa khas juga pernah dijalankan dengan badan lain seperti pihak berkuasa dan pihak penaja sukan.
BACA: Masalah teknikal Rayani Air: 'Sila kemukakan penyelesaian yang baik' - Netizen
BACA: 'Kerajaan perlu kaji semula polisi lesen penerbangan' - Masidi
Beberapa foto menunjukkan penumpang yang beratur untuk mendaftar masuk dan kru penerbangan yang bersedia di dalam pesawat telah dikongsi melalui akaun Twitter pasukan media sosial MAB.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penumpang bersedia menaiki penerbangan sewa khas MAB
Penumpang bersedia menaiki penerbangan sewa khas MAB
Penumpang bersedia menaiki penerbangan sewa khas MAB
Kru penerbangan bersedia menerima penumpang di dalam pesawat
#MAB bantu Rayani Air bawa pulang penumpang terkandas di Langkawi #Rayani Air