awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat pejuang TUDM terhempas: Seorang juruterbang terkorban, seorang cedera - Hishammuddin

Astro Awani
Astro Awani
16/11/2021
16:09 MYT
Pesawat pejuang TUDM terhempas: Seorang juruterbang terkorban, seorang cedera - Hishammuddin
Sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas dalam sesi latihan di Pangkalan Udara Butterworth di sini, malam ini. - Gambar/ Sinar Harian
BUTTERWORTH: Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terkorban manakala seorang lagi cedera dalam kejadian pesawat pejuang Hawk 108 terhempas di Pangkalan Udara Butterworth di sini, malam ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata TUDM telah diarahkan memberikan laporan lebih terperinci dengan segera selain menyiasat punca kejadian jam 10.07 malam itu.
"Baru terima panggilan daripada Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad, memaklumkan insiden pesawat Hawk 108 yang terhempas di Butterworth tadi.
"Seorang anggota kehilangan nyawa, seorang lagi cedera. TUDM telah diarahkan segera berikan laporan lebih terperinci dan siasat punca kejadian.
"Takziah kepada keluarga anggota TUDM yang maut dan seorang lagi yang cedera. Amat sedih dan dukacita terima berita ini. Saya difahamkan anggota yang cedera telah dibawa untuk rawatan segera.
"Kementerian Pertahanan telah diarah untuk salur apa jua keperluan kepada keluarga kedua-dua anggota terlibat," katanya dalam akaun Twitternya malam ini.
Baru terima panggilan daripada Panglima @tudm_rasmi Jen TS Ackbal memaklumkan insiden pesawat Hawk 108 yg terhempas di Butterworth tadi. Seorang anggota kehilangan nyawa, seorang lagi cedera. TUDM telah diarahkan segera berikan laporan lebih terperinci dan siasat punca kejadian.
— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) November 16, 2021
BACA: Pesawat pejuang TUDM terhempas di Pulau Pinang
BACA: Kronologi nahas pesawat TUDM sejak 1991
INSIDEN KEJADIAN KEMALANGAN PESAWAT HAWK TUDM TUDM mengesahkan berlaku satu insiden kejadian kemalangan melibatkan sebuah pesawat pejuang Hawk milik TUDM telah berlaku pada 16 November 2021 pada lebih kurang jam 10.07 malam di kawasan landasan PU Butterworth. pic.twitter.com/sjnHmYT2Pl
— TUDM (@tudm_rasmi) November 16, 2021
Terdahulu, sebuah pesawat Hawk TUDM dilapor dikhuatiri terhempas dalam sesi latihan di Pangkalan Udara Butterworth malam ini.
TUDM dalam satu kenyataan berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah pesawat pejuang Hawk pada jam 10.07 malam di kawasan landasan pangkalan berkenaan.
Sedih dan dukacita dengan berita ini. Salam takziah kepada keluarga anggota TUDM yg maut. Al Fatihah. Semoga seorang lagi yang cedera kembali pulih, insyaAllah. https://t.co/0t9TLDWZM2
— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) November 16, 2021
Topic Berkaitan
#TUDM
#pesawat terhempas
#Butterworth
#hawk terhempas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan