Pesawat ringan terhempas di Taiping berdaftar di bawah MSAF

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata semakan turut mendapati juruterbang dan pelatih yang terlibat dalam insiden itu juga berdaftar di bawah persekutuan berkenaan. - Foto PDRM
TAPAH: Pesawat ringan jenis Microlight yang terlibat dalam kemalangan di kawasan lapang berhampiran Lapangan Terbang Tekah di Taiping merupakan pesawat yang berdaftar di bawah Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF).
Ringkasan AI
- Pesawat Microlight yang terlibat dalam kemalangan dekat Lapangan Terbang Tekah Taiping berdaftar di bawah Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF).
- Juruterbang dan pelatih yang terlibat dalam insiden itu juga berdaftar di persekutuan yang sama.
- Kejadian kemalangan pesawat tersebut telah dilaporkan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di Kompleks Perumahan IPD Tapah di sini hari ini.
Pada majlis itu, Supt Abdul Malik Hasim menggantikan Johari yang bertukar ke IPD Nilai sebagai Ketua Polis Daerah baharu.
Semalam, Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail dilaporkan berkata pihaknya dimaklumkan kejadian pada 10.30 pagi Ahad lepas melalui sistem NG MERS 999.
Beliau berkata juruterbang berusia 46 tahun dan pelatih berusia 40 tahun yang cedera telah dibawa ke Hospital Taiping dan dilaporkan dalam keadaan stabil, sementara pesawat tersebut dikesan melakukan pendaratan cemas akibat kerosakan enjin.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


