KUALA LUMPUR: Insiden helikopter terhempas di Cameron Highlands tengah hari semalam ketika dalam perjalanan dari Kampung Gawin, Gua Musang ke Ipoh merupakan kemalangan ketiga melibatkan pesawat di negara ini, tahun ini.

Dalam kejadian pada jam 1.15 tengah hari itu, helikopter milik swasta Layang Layang Aerospace Sdn Bhd dinaiki Pasukan Doktor Udara (FDU) Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta, terhempas di kawasan Brinchang menyebabkan seorang jururawat wanita cedera parah manakala lima yang lain termasuk juruterbang cedera ringan.

Kemalangan pesawat pertama pada tahun ini dilaporkan pada 1 Ogos melibatkan sebuah pesawat ringan jenis Piper 28 yang terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, Sungai Rokam, Medan Gopeng, Perak.

Kejadian itu mengorbankan seorang jurulatih penerbangan, Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, manakala Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, yang turut berada dalam pesawat itu mengalami kecederaan.

Kejadian kedua pada 13 Sept lepas turut berlaku di Perak membabitkan seorang juruterbang warga Hong Kong, Tsz Kin Richard Chan, yang maut selepas pesawat jenis Eurocopter EC120B milik syarikat swasta yang dikendalinya terhempas di Hutan Simpan Chikus, Bidor, Perak.


Berikut merupakan kronologi pesawat terhempas sejak 2015:



-- BERNAMA