KLANG: Mayat dua mangsa nahas pesawat terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar di sini, telah dituntut ahli keluarga masing-masing di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang pada Rabu.
Kenderaan membawa mayat pertama yang merupakan pembantu juruterbang, Roshaan Singh Raina, 42, dilihat keluar meninggalkan bangunan tersebut pada jam 3.08 petang.
Mayat kedua pula iaitu juruterbang, Daniel Yee Hsiang Khoon, 31, dibawa keluar jam 6.08 petang.
Dua motosikal berkuasa besar polis dilihat mengetuai konvoi kedua-dua kenderaan tersebut keluar dari HTAR.
Difahamkan, mayat Roshaan Singh akan dibawa ke rumah keluarganya di Johor Bahru sebelum upacara persemadian dilakukan di sana.
Manakala mayat Daniel Yee pula dibawa ke Pusat Peringatan Nirvana di Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Astro AWANI pada Rabu melaporkan proses bedah siasat melibatkan dua mangsa nahas pesawat ringan itu selesai pada jam 12.15 tengah hari tadi di Jabatan Forensik HTAR.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, proses tersebut bermula pada jam 10 pagi dan mengambil masa lebih dua jam untuk selesai.
Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati kedua-dua mangsa meninggal dunia kerana ‘pelbagai kecederaan akibat nahas pesawat’.
Pada Selasa, sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Klang.
Kedua-dua mangsa ditemukan berada di dalam kokpit pesawat pada kedalaman 1.52 meter di dalam tanah.
Mangsa pertama berjaya dikeluarkan pada pukul 7.06 malam disusuli mangsa kedua 11 minit kemudian.
Ridauddin Daud
Wed Feb 14 2024
Kenderaan membawa mayat kedua-dua mangsa meninggalkan HTAR. - Gambar/ Astro AWANI
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pesawat terhempas di Klang: Waris selesai tuntut mayat mangsa
Pesawat terhempas di Klang: Waris selesai tuntut mayat mangsa
Pesawat terhempas di Klang: 'Serpihan sayap jatuh depan rumah amanah perlu saya jaga'
Seorang penduduk Kampung Tok Muda, Kapar di sini tidak sangka apabila serpihan pesawat ringan jatuh di kawasan rumahnya.
Pesawat terhempas di Klang: Proses bawa keluar bangkai dijangka selesai hari ini
Usaha membawa keluar serpihan pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di kawasan kebun Kampung Tok Muda, bermula pada pagi Rabu.
Pesawat terhempas di Klang: 'Punca kematian disah akibat pelbagai kecederaan' - Polis
Pesawat terhempas: Bedah siasat selesai, punca kematian pelbagai kecederaan akibat nahas pesawat - Polis
Pesawat ringan terhempas di Klang: Saksi lihat sayap patah di udara
Kejadian pesawat ringan terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, di sini, mengejutkan penduduk terutama saksi yang melihat sendiri ia terjunam dari udara.
Pesawat ringan terhempas di Klang: Unit Dron PDRM bantu cari mangsa
Unit Dron PDRM digerakkan untuk menjalankan usaha mencari dua mangsa nahas melibatkan pesawat terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar pada Selasa.
Pesawat ringan terhempas di Klang: Penduduk dengar letupan dua kali
Penduduk di lokasi pesawat ringan terhempas di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Tok Muda, Kapar, mendengar letupan dua kali sebelum nahas.