awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peserta ratu cantik pertikai Fatwa boleh dikenakan tindakan -MUIP

Bernama
Bernama
25/07/2013
09:27 MYT
Peserta ratu cantik pertikai Fatwa boleh dikenakan tindakan -MUIP
Empat orang gadis Islam yang mempertikai larangan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik boleh dikena tindakan di Mahkamah Syariah.
Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Datuk Sri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata jika mereka nekad dengan keputusan untuk terus menyertai pertandingan tersebut, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang syariah.
"Ini kerana jika sesuatu perkara itu telah difatwakan, ia telah menjadi satu undang-undang syariah, dan pihak yang melanggar undang-undang tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 165 Enakmen Kanun Tatacara Jenayah Syariah kerana menghina Islam," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyampaian bantuan kepada pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang di sini hari ini.
Empat gadis tersebut yang berumur antara 19 hingga 23 tahun bukan sahaja mempertikai larangan tersebut malah terus nekad menyertai pertandingan itu walaupun nama mereka digugurkan pihak penganjur.
Berhubung isu Syiah, Wan Abdul Wahid berkata mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam penyebaran fahaman itu atau mengajar ilmu agama tanpa tauliah di negeri ini, mereka boleh dikenakan hukuman denda atau penjara jika didapati bersalah.
"Setakat ini belum ada sebarang aktiviti penyebaran ajaran Syiah di negeri ini. Jika ada pun ia adalah kes terpencil dan dibawa oleh pihak luar. Muip bagaimanapun akan memantau perkara ini dari semasa ke semasa," katanya.
Topic Berkaitan
#majlis fatwa kebangsaan
#ratu cantik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan