awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peserta ternakan kelulut UMT rugi RM30,000 akibat serangan beruang matahari

Bernama
Bernama
13/02/2024
08:29 MYT
Peserta ternakan kelulut UMT rugi RM30,000 akibat serangan beruang matahari
Terdapat 200 koloni (sarang) kelulut di plot ternakan Kampung Pengkalan Gelap. Projek ini hasil kerjasama UMT, Pharmaniaga Sdn Bhd dan Yayasan Inovasi Malaysia. - Gambar hiasan/Bernama
BANDAR PERMAISURI: Peserta Projek Ternakan Kelulut Komuniti Nelayan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Kampung Pengkalan Gelap, di sini kerugian kira-kira RM30,000 selepas 22 sarang kelulut dipercayai dimusnahkan seekor beruang matahari.
Ketua Projek berkenaan Prof Dr Shamsul Bahri Abdul Razak berkata kejadian disedari oleh seorang daripada peserta kira-kira 8 pagi tadi ketika mahu membersihkan kawasan ternakan kelulut itu.
Beliau berkata serangan dipercayai berlaku antara 3 hingga 4 pagi oleh seekor beruang berdasarkan kesan tapak kaki yang dijumpai.
"Kejadian ini merupakan kali ketiga berlaku sejak projek ini dimulakan dua tahun lepas. Namun, jumlah kerugian kali ini paling besar kira-kira RM30,000.
"Kita telah membuat laporan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu. Beberapa perangkap telah dipasang di beberapa lokasi untuk mengelak kes sama berulang," katanya ketika dihubungi hari ini.
Bagaimanapun, Shamsul Bahri yang juga Ketua Kumpulan Penyelidik Lebah dan Kelulut UMT (SIG) berkata kejadian berkenaan tidak mematahkan semangat peserta untuk meneruskan projek itu memandangkan hasilnya yang agak lumayan.
Beliau berkata projek melibatkan 10 peserta daripada golongan nelayan itu telah berjaya memberi pulangan kira-kira RM1,500 sebulan.
"Terdapat 200 koloni (sarang) kelulut di plot ternakan Kampung Pengkalan Gelap. Projek ini hasil kerjasama UMT, Pharmaniaga Sdn Bhd dan Yayasan Inovasi Malaysia," katanya.
Menurut Shamsul Bahri selain projek ternakan di Kampung Pengkalan Gelap, UMT turut melaksanakan tiga lagi projek sama di Kampung Gemuruh, Terengganu dan Parit Sulong serta Kota Tinggi di Johor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#umt
#ternakan kelulut
#beruang matahari
#kerugian
#Projek Ternakan Kelulut Komuniti Nelayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan