Pesta persendirian: Pegawai disiasat akan digantung tugas - Syed Saddiq

Fareez Azman
Januari 13, 2020 05:41 MYT
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq memaklumkan perkara itu menerusi satu kenyataan media pada Isnin. -Gambar fail/Astro AWANI
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau telah dimaklumkan berkenaan penahanan beberapa individu termasuk beberapa pegawai yang didakwa dari kementeriannya oleh pihak polis pada pagi Isnin.
Beliau turut memaklumkan akan menggantung sementara tugas pegawai yang dikaitkan sehingga siasatan selesai.
"Susulan ini, saya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk bertindak mengikut prinsip 'Rule of Law'.
"Semua rakyat Malaysia tertakluk kepada undang-undang negara tanpa mengira jawatan atau status," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: ADUN Dengkil ditahan: Adhif nafi, Bersatu Selangor sahkan ADUN Selangor ditahan
BACA: ADUN Dengkil, Adhif Syan nafi ditahan polis, positif dadah
Terdahulu, tular di media sosial berhubung penahanan 17 individu termasuk seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dan beberapa pegawai khas ahli politik di sebuah pusat hiburan sekitar Damansara, Petaling Jaya, awal pagi Isnin.
Laporan itu menyatakan bahawa penahanan itu berpunca daripada laporan terhadap bunyi bising daripada sebuah pesta persendirian di lokasi terbabit.
Ketua Polis Negara ,Tan Sri Abdul Hamid Bador dijangka mengadakan sidang media khas pada jam 3.00 petang nanti.
#ADUN #ahli politik #Dadah #Damansara #PDRM #pegawai khas #penahanan #politik #PPBM #serbuan #Syed Saddiq