Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Mohd Shukri Ramli, yang sedang dirawat di Unit Rawatan Koronori (CCU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, semakin sedar dan mula memberi reaksi kepada ahli keluarga yang melawatnya hari ini.
Ketua Penerangan Pas Perlis, Dr Saifizi Saidon berkata pihak hospital juga memaklumkan bahawa keadaan kesihatan Mohd Shukri, yang juga Pesuruhjaya Pas Perlis, semakin stabil walaupun tekanan darah beliau masih rendah.
"Beliau mula memberi reaksi terhadap ahli keluarganya dengan menggunakan pergerakan badan serta turut meminta untuk menunaikan solat," katanya dalam kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp di sini, hari ini.
Menurut Dr Saifizi, imbasan pada jantung Mohd Shukri pula menunjukkan penambahbaikan fungsi organ itu dan pemberian ubat bagi membantu jantung mengepam darah sudah dihentikan.
"Pas Perlis akan terus mengemaskini keadaan kesihatan Mohd Shukri dan menyeru agar semua pihak dapat terus mengadakan solat hajat serta mendoakan kesihatan beliau," katanya.
Dalam kejadian kira-kira 10 malam, 29 Sept lepas, Mohd Shukri rebah selepas dipercayai terkena serangan jantung ketika berucap pada Ceramah Perdana Muafakat Nasional peringkat Perlis di Dewan 2020 di Kangar, Perlis.
Beliau kemudiannya dimasukkan ke CCU Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar sebelum dipindahkan ke HSB untuk rawatan lanjut pada 1 Okt lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 07 2019
Imbasan pada jantung Mohd Shukri pula menunjukkan penambahbaikan fungsi organ itu dan pemberian ubat bagi membantu jantung mengepam darah sudah dihentikan. - Facebook@cikguShukri61
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Dekan Institut Pengajian Siswazah Universiti Islam Melaka, Prof Dr Kamaruzaman Yusoff memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
'OIC, UNSC dah tak berguna!' - Pakar tidak tolak kemungkinan Israel serang negara sekutu Iran
Salawati berpandangan tidak mustahil untuk Israel menyerang negara berjiran Iran dengan tanggapan mereka sekutu yang bersekongkol dengan negara itu.
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Pesuruhjaya Pas Perlis semakin sedar, beri reaksi
Pihak hospital juga memaklumkan bahawa keadaan kesihatan Mohd Shukri semakin stabil walaupun tekanan darah beliau masih rendah.
ADUN Sanglang, Mohd Shukri Ramli, kritikal
Atas nasihat doktor, hanya ahli keluarga terdekat Pesuruhjaya Pas Perlis itu sahaja boleh melawat manakala individu lain diminta menangguhkan hasrat terlebih dahulu.