Pesuruhjaya Polis Sarawak positif COVID-19

Astro Awani
April 8, 2020 05:34 MYT
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan wabak itu. - Gambar fail/PDRM
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan wabak itu.
Ketika dihubungi Astro AWANI, Aidi berkata beliau kini dikuarantin di Hospital Umum Sarawak.
"Saya telah pergi ke HUS sebelum ditahan malam tadi.
"Saya sepatutnya tidak boleh hendak komen tentang perkara ini. Bagaimanapun, saya berada dalam keadaan baik dan mengikuti prosedur kuarantin yang ditetapkan Kementerian Kesihatan," katanya.
Tambah Aidi, selain beliau isterinya dan beberapa kakitangan telah diarahkan menjalani ujian saringan COVID-19.
BACA: Sarawak catat dua lagi kematian terbaharu COVID-19, 10 kes positif
BACA: Pentadbiran kerajaan Sarawak tidak terjejas - Abang Johari
#COVID-19 #Datuk Aidi Ismail #Hospital Umum Sarawak #kuarantin #Pesuruhjaya Polis Sarawak #positif COVID-19