awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petani mengaku tidak bersalah dera anak tiri

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
30/03/2023
04:30 MYT
Petani mengaku tidak bersalah dera anak tiri
Muhammad Sofi tiba di Mahkamah Sesyen Kangar pagi tadi bagi menghadapi tuduhan mendera anak tirinya. - Foto Astro AWANI
KANGAR: Seorang petani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar hari ini, atas pertuduhan mendera anak tiri di sebuah rumah di Jejawi, Arau pada awal bulan ini.
Tertuduh, Muhammad Sofi Ramli, 31, mengangguk faham dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Musyiri Peet.
Mengikut pertuduhan, Muhammad Sofi didapati menganiaya kanak-kanak berusia enam tahun dengan menyebabkan kecederaan fizikal pada mangsa di Alor Lanchang, Jejawi Dalam, Arau antara 8 hingga 14 Mac lalu.
Bagi kesalahan itu tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang mana boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dilaksanakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Lee Jun Keong manakala tertuduh diwakili peguam, Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim.
Jun Keong bagaimanapun dalam permohonannya meminta mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM20,000 kepada tertuduh dengan seorang penjamin dan dilarang sama sekali mendekati mangsa dalam tempoh jaminan itu.
Syed Muhammad Anwar bagaimanapun menganggap jaminan RM20,000 adalah terlalu tinggi buat anak guamnya dan merayu pertimbangan mahkamah agar dapat memberikan jaminan yang minimum.
Ini disebabkan anak guamnya hanya mengusahakan bendang padi dengan pendapatan yang tidak menentu selain menanggung isteri yang tidak bekerja dan tiga anak kecil masih bersekolah.
Selain itu, Syed Muhammad Anwar berjanji anak guamnya itu juga akan sentiasa melapor diri ke balai polis berdekatan dan tidak akan mendekati mangsa ketika berada dalam tempoh jaminan mahkamah.
Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh dijamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.
Selain itu, mahkamah turut mengarahkan tertuduh melapor diri sebulan sekali di balai polis terdekat selain tidak dibenarkan mendekati mangsa selama tempoh jaminan.
Mangsa kini sudah ditempatkan di sebuah pusat perlindungan kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis.
Mahkamah menetapkan 3 Mei hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#dera anak tiri
#Kangar
#jkm perlis
#petani didakwa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan