awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peter Anthony fail rayuan akhir ketepikan sabitan dan hukuman

Bernama
Bernama
20/04/2023
06:08 MYT
Peter Anthony fail rayuan akhir  ketepikan sabitan dan hukuman
Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu memfailkan notis rayuan itu semalam (19 April) di Mahkamah Rayuan menerusi Tetuan Deva & Associates. - Fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Datuk Peter Anthony memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara serta denda terhadapnya kerana memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrik (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS), sembilan tahun lepas.
Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu memfailkan notis rayuan itu semalam (19 April) di Mahkamah Rayuan menerusi Tetuan Deva & Associates.Ini adalah rayuan terakhirnya kerana kes yang bermula di Mahkamah Sesyen, rayuan akan berakhir di Mahkamah Rayuan.
Menurut notis rayuan, Peter tidak berpuas hati dengan keputusan dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Bache yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 atau penjara 15 bulan jika gagal membayar denda yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi.
Peguam S. Devanandan yang mewakili Peter ketika dihubungi Bernama mengesahkan pemfailan notis rayuan itu.
Pada 18 April, Hakim Ahmad menolak rayuan Peter, 52, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen pada 26 Mei 2022, selepas bersetuju dengan dapatan hakim bicara bahawa Peter memalsukan dokumen bagi mendapatkan projek di UMS sedangkan beliau mengetahui projek itu dibuat melalui tender terbuka.
Pada Jun tahun lepas, Peter memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini terhadap hukuman penjara dan denda yang dijatuhkan oleh Azura selepas mendapati dia bersalah atas pertuduhan berkenaan.
Peter, sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd, didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 iaitu memasukkan pernyataan palsu dengan niat digunakan untuk tujuan menipu.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014, mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.
Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) itu telah membayar denda RM50,000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Peter Anthony
#Mahkamah Rayuan
#kes rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan