Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Peter Anthony mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan bersubahat kes pecah amanah bernilai RM15.5 juta di Mahkamah Khas Rasuah, pada Khamis.
Pertuduhan itu adalah membabitkan pembelian tanah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di antara tahun 2014 dan 2015.
Peter mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat di kamar mahkamah pada pagi ini.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan dan Infrastruktur Sabah itu menghadapi pertuduhan mengikut seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 409 kanun yang sama.
Terdahulu, Peter pada 11 Jun lalu mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan pengubahan wang haram bernilai RM8.75 juta yang turut berkaitan dengan pembelian tanah RISDA.
Sementara itu, mengikut prosiding mahkamah hari ini, tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan di antara 22 Julai 2014 dan 19 November 2015 di Bervely Hills Plaza, Jalan Bundusan, Penampang.
Dalam pertuduhan itu, Peter didakwa telah bersubahat dengan seorang peguam, Michael Percius Ubu yang memain peranan sebagai ejen kepada RISDA dan melalui kapasiti berkenaan, diamanahkan dengan kuasa ke atas pembayaran wang berjumlah RM15,545,400 melalui cek Bank Muamalat ke akaun bank milik Tetuan Michael Ubu & Co.
Dalam prosiding terbabit juga, peguam Peter telah memohon supaya pihak mahkamah menggunakan semula jaminan yang dikenakan terhadap tertuduh dalam kes sebelumnya memandangkan ianya mempunyai kaitan.
Hakim kemudiannya membenarkan permohonan mengguna pakai semula jaminan tersebut dan Peter diarahkan supaya menandatangani surat jaminan baharu bagi sebutan semula kes pada 4 Ogos hadapan.
Peter diwakili oleh empat peguamnya, Dominic Chew, Datuk Douglas Lind, Martin Tommy dan Luke Ressa Balang.
Pendakwaan itu dibuat empat Timbalan Pendakwa Raya SPRM iaitu Mohamad Fadhly Mohamad Zambry, Nartiah F. Mirchelle Sambatan, Amin Fakri dan Mohd Faliq Basarudin.
Ruzaini Zulkepli
Thu Jun 18 2020
Peter Anthony mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan bersubahat kes pecah amanah bernilai RM15.5 juta di Mahkamah Khas Rasuah, pada Khamis. - Foto Astro AWANI/Ruzaini Zulkepli
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan kepada Women of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Warisan tak goyah walau ramai pemimpin tertinggi keluar parti - Shafie Apdal
Jelas Shafie dengan keluar parti dan menubuhkan parti yang berasaskan kaum tertentu tidak mampu mengubah corak pembangunan negara.
Peter Anthony mengaku tidak bersalah kes pecah amanah RM15.5 juta
Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Peter Anthony mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan bersubahat kes pecah amanah bernilai RM15.5 juta di Mahkamah Khas Rasuah, pada Khamis.
RM42 juta diperlukan baik pulih sistem kumbahan di Sandakan
Kerajaan Negeri Sabah memerlukan kos sekurang-kurangnya RM42 juta bagi membaik pulih sistem pembentungan kumbahan yang dilaporkan mengalami kerosakan hampir 70 peratus di daerah Sandakan.