awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petisyen cabar Enakmen Syariah: Mahkamah tegur peguam ulas putar belit di X

Sinar Harian
Sinar Harian
20/11/2023
06:17 MYT
Petisyen cabar Enakmen Syariah: Mahkamah tegur peguam ulas putar belit di X
Petisyen didengar panel sembilan hakim diketuai Tun Tengku Maimun dalam prosiding yang bermula 17 Ogos lalu.- Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin, menegur seorang peguam yang membuat kenyataan bersifat putar belit mengenai prosiding petisyen untuk mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 di platform X baru-baru ini.
Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata, kenyataan menyentuh sentimen yang tidak sepatutnya dibincangkan dalam khalayak umum kerana prosiding itu masih di peringkat pendengaran.
Tengku Mainum berkata, kenyataan peguam, Yusfarizal Yusoff yang mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) selaku pemerhati ialah sangat tidak wajar.
“Tanggapan itu tidak benar kerana pendengaran hari ini hanya bertujuan mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, bukan merendah-rendahkan enakmen dan Mahkamah Syariah.
“Orang ramai bercakap mengenai kes ini, apatah lagi versi yang mengelirukan, isunya di sini bukan memburukkan Islam atau Mahkamah Syariah sebaliknya, kecekapan enakmen undang-undang Syariah, jadi kita perlu memahami latar belakang kes itu," katanya.
Susulan itu, beliau mengingatkan semua pihak, supaya menjaga kedaulatan undang-undang dan mengelak daripada menaikkan sentimen politik menyentuh perlembagaan Undang-undang Syariah Kelantan.
Pada September lalu, media melaporkan, seorang peguam kanan mengungkapkan, tuntutan melampau pendengaran kes yang difailkan peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya terhadap kerajaan Kelantan adalah noktah penghujung sebelum ‘batu nisan’ diletakkan ke atas Mahkamah Syariah di negara ini.
Ketua Hakim Negara menyatakan demikian selepas peguam, Datuk Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili kedua-dua pempetisyen membangkitkan isu berhubung kenyataan Yusfarizal yang menyentuh pendengaran petisyen itu.
Tengku Maimun kemudiannya mengarahkan prosiding pendengaran bersambung dengan pihak Sisters In Islam (SIS); Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) selaku sahabat mahkamah atau Amicus Curiae, memulakan hujahan petisyen itu.
Sebelum ini, Nik Elin Zurina, 62, dan anaknya, Tengku Yasmin Nas¬tasha Tengku Abdul Rahman, 26, memfailkan petisyen terhadap Kerajaan Negeri Kelantan.
Ia dalam usaha mengisytiharkan 20 peruntukan kesalahan dalam enakmen itu, terbatal dan tidak sah.
20 peruntukan yang dipertikaikan ialah:
Seksyen 5: Tuntutan palsu Seksyen 11: Memusnahkan atau mencemarkan tempat ibadat Seksyen 13: Menjual atau memberikan anak kepada bukan Islam atau Muslim yang tercela dari segi moral Seksyen 14: Liwat Seksyen 16: Persetubuhan dengan mayat Seksyen 17: Hubungan seksual dengan bukan manusia Seksyen 30: Perkataan yang boleh memecahkan keamanan Seksyen 31: Gangguan seksual Seksyen 34: Memiliki dokumen palsu, memberikan keterangan, maklumat atau kenyataan palsu Seksyen 36: Apa-apa yang memabukkan Seksyen 37: Perjudian Bahagian 39: Mengurangkan skala, ukuran dan berat Seksyen 40: Melaksanakan transaksi yang bertentangan dengan 'hukum syarak' (undang-undang syariah) Seksyen 41: Melaksanakan urus niaga melalui riba Seksyen 42: Penyalahgunaan label dan konotasi halal Seksyen 43: Menawarkan atau menyediakan perkhidmatan maksiat Seksyen 44: Tindakan persediaan menawarkan atau menyediakan perkhidmatan maksiat Seksyen 45: Perbuatan maksiat sebagai persediaan Seksyen 47: Perbuatan sumbang mahram Seksyen 48: Muncikari (lelaki berpakaian wanita atau sebaliknya, bertentangan dengan hukum syarak)
Petisyen didengar panel sembilan hakim diketuai Tun Tengku Maimun dalam prosiding yang bermula 17 Ogos lalu.
Panel itu turut dianggotai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli.
Turut menganggotai panel, Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri P Nalini, Datuk Mary Lim Thiam Suan, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais.
Dalam kes berkenaan, Nik Elin Zurina memohon Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan supaya 20 seksyen kesalahan jenayah syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 terbatal dan tidak sah.
Peruntukan itu termasuk Seksyen 11 (memusnahkan tempat ibadat), Seksyen 13 (menjual atau memberi anak kepada orang bukan Islam atau orang Islam yang keji akhlaknya) dan Seksyen 14 (liwat).
Peruntukan lain termasuk Seksyen 15 (hukuman liwat), Seksyen 16 (seks dengan mayat), Seksyen 17 (seks dengan bukan manusia) dan Seksyen 31 (gangguan seksual).
Mereka juga memohon mahkamah mengisytiharkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan tidak mempunyai kuasa membuat enakmen berkaitan kesalahan jenayah syariah yang terpakai kepada orang Islam sahaja.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#cabar Enakmen Syariah
#mahkamah tegur peguam
#Tengku Maimun Tuan Mat
#platform X
#Ketua Hakim Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan