KUALA LUMPUR: Ramai meluahkan rasa sedih dan tidak kurang juga tidak puas hati apabila keputusan kerajaan untuk tidak melanjutkan pajakan tanah Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas (CBN).
Malah, semalam juga berlangsung permohonan semakan kehakiman CBN untuk mencabar keputusan kerajaan itu yang didengar oleh Mahkamah Tinggi.
Di media sosial, satu petisyen diwujudkan bagi menyelamatkan tanah sekolah itu yang menurut beberapa pihak sewajarnya diwartakan sebagai tapak warisan sejak dari dahulu lagi bersama sekolah Victoria Institute.
Petisyen ini juga susulan kebimbangan alumni CBN, para pelajar, guru dan ibu bapa yang khuatir dengan berita pajakan tanah sekolah yang akan berakhir pada September 2021 yang belum diperbaharui oleh jabatan Tanah dan Galian.
Semakan kehakiman terhadap keputusan itu berlangsung pada 19 April dan sekolah diberi cuti sementara dengan perbicaraan berikutnya dijadualkan pada 4 Mei 2021.
Sementara itu, Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, CBN telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dan merupakan simbol pendidikan buat wanita.
“Sekolah seperti CBN memantapkan watak dan kepelbagaian sistem pendidikan Malaysia. Kita akan menjadi jauh lebih buruk tanpa mereka.
“Membiarkan CBN pergi memberi isyarat bahawa pemerintah tidak menghargai pendidikan, terutama pendidikan kepada wanita,”katanya dalam satu hantaran di dalam Twitter.
Begitu juga dengan #SaveCBN yang hebat dilaungkan oleh rakyat di sosial media yang rata-rata berharap sekolah itu tidak dimusnahkan untuk tujuan pembangunan.
Convent Bukit Nanas, yang terkenal dengan nama CBN, ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1899.
Ia ditubuhkan hanya lima tahun selepas Victoria Institution dan merupakan salah satu sekolah tertua di negara ini.
Azyyati Ahmad
Tue Apr 20 2021

Satu petisyen diwujudkan bagi menyelamatkan tanah sekolah itu yang menurut beberapa pihak sewajarnya diwartakan sebagai tapak warisan. - Foto BERNAMA

Gangguan seksual: 13 individu dipanggil bantu siasatan kes pendakwah terkenal - Bukit Aman
Seramai 13 individu telah dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual, membabitkan seorang pendakwah terkenal.

Lebih 5,000 Rumah Mesra Rakyat dibina tahun ini
Sebanyak 5,045 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dibina tahun ini dengan peruntukan tambahan sebanyak RM123 juta bagi tujuan berkenaan yang diluluskan pada Ogos lepas.

Khairuddin dakwa Radzi lakukan jenayah qazaf, dinasihat bertaubat
Mohd Khairuddin berkata qazaf juga termasuk dalam kategori jenayah hudud serta antara dosa besar dalam Islam.

Nazmi, Zairul dan Arif pengadil Malaysia pertama adili ACL guna VAR
Muhammad Nazmi bersama pembantu Mohamad Zairul dan Mohd Arif mengadili perlawanan antara Buriram United dan Zhejiang FC yang berlangsung di Thailand.

Video tular: Pejabat Timbalan Menteri KPDN lapor polis
"Tulisan tersebut dengan sengaja mengaitkan dan mengaibkan Timbalan Menteri dengan tujuan menyakiti dan memfitnah beliau."

India minta Kanada kurangkan bilangan diplomat
"Kami telah memaklumkan kepada kerajaan Kanada bahawa perlu ada persamaan dan kesetaraan kedudukan dalam kehadiran diplomatik."

KWAP labur RM500 juta dalam dana perintis
KWAP akan melabur sehingga RM500 juta bagi tempoh 18-24 bulan akan datang untuk Dana Perintis yang baharu dilancarkan dalam usaha melonjakkan ekosistem usaha niaga dan permulaan di Malaysia.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya terus daki ranking FIFA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Muhyiddin selesai beri keterangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong luang masa santuni penduduk Sungkai
Menurut laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka yang memandu sendiri kenderaan turut berkenan menyantuni penduduk tempatan dan mengurniakan sumbangan.

SOP REE yang akan dikeluarkan dapat atasi masalah kecurian - Sanusi
Sanusi berkata prosedur operasi standard (SOP) melibatkan unsur nadir bumi (REE) yang akan dikeluarkan kerajaan dapat mengatasi kecurian hasil mineral itu di seluruh negara.

TNB diminta kemuka pelan hala tuju pembangunan grid untuk integrasi TBB - Nik Nazmi
TNB diminta untuk mengemukakan pelan hala tuju pembangunan grid untuk integrasi TBB yang lebih tinggi.

12 projek tenaga lestari Malaysia menang anugerah tenaga ASEAN
Malaysia mengemukakan 23 penyertaan pada AEA 2023, terdiri daripada projek yang memenangi Anugerah Tenaga Kebangsaan (NEA) melibatkan tiga kategori.

Perdagangan TBB rentas sempadan penting untuk Malaysia bangunkan sektor storan tenaga
Perdagangan tenaga boleh baharu (TBB) rentas sempadan merupakan rangsangan penting untuk membolehkan Malaysia membangunkan sektor storan atau penyimpanan tenaga baterinya.

Pemakaian batik kukuhkan identiti negara - Nik Nazmi
Beliau berkata perubahan kod etika pakaian penjawat awam yang baharu diumumkan praktikal kerana pemakaian sut dan tali leher merupakan warisan kolonial yang tidak lagi logik disebabkan suhu premis.

Penjawat awam dibenar pakai batik tidak hanya pada Khamis - Nik Nazmi
Keputusan itu selaras dengan usaha kerajaan untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik, menyokong inisiatif kecekapan tenaga sekali gus merangsang pembangunan industri batik Malaysia.

Air: Kenyataan Mohd Amar rakyat Kelantan boleh gali sendiri telaga tak bertanggungjawab - Nik Nazmi
Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ia merupakan kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan membimbangkan.

Pembinaan lapangan terbang baharu Pulau Tioman tidak diteruskan - Nik Nazmi
Mesyuarat Jemaah Menteri secara dasarnya bersetuju untuk tidak meneruskan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Tioman baharu.

Rang Undang-Undang EECA dibentang di Parlimen pada Oktober - Nik Nazmi
Nik Nazmi berkata sebaik sahaja ia berkuat kuasa, EECA akan menjadi rangka kerja perundangan dan kawal selia yang menggalakkan kecekapan tenaga di negara ini.

Pelantikan kontraktok PLSB Sungai Golok Fasa 2, 3 dibuat November - Nik Nazmi
Pelantikan kontraktor untuk projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 2 dan 3 dijangka dapat dibuat pada November ini.