awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik

Astro Awani
Astro Awani
19/02/2025
12:03 MYT
PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Menurut Fadillah, kerajaan akan memastikan sumber tenaga elektrik negara dapat dibekalkan dengan mencukupi secara lestari dan pada kadar harga mampu. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik termasuk potensi pelaksanaan ‘mothballing’ dan ‘co-firing’ serta meneroka sumber tenaga lebih bersih yang boleh diperbaharui untuk penghasilan elektrik.
Menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kerajaan akan memastikan sumber tenaga elektrik negara dapat dibekalkan dengan mencukupi secara lestari dan pada kadar harga mampu ditanggung oleh pengguna.
"Kerajaan masih mengekalkan arang batu sebagai sumber penjanaan elektrik yang utama disebabkan oleh kos penghasilan tenaga elektrik daripada arang batu masih lagi termurah dan ini adalah penting bagi memastikan kadar harga mampu ditanggung oleh pengguna," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
Ketika ini, sektor penghasilan elektrik Malaysia masih bergantung kepada dua sumber bahan api fosil utama iaitu gas dan arang batu untuk memenuhi permintaan baseload iaitu campuran tenaga terdiri daripada 55 peratus arang batu dan 32 peratus gas.
Selaras dengan peralihan tenaga, Fadillah berkata sektor elektrik masih memerlukan bekalan gas yang tinggi bagi tujuan penjanaan elektrik iaitu sebagai transition fuel terutamanya dengan kemasukan loji-loji janakuasa berasaskan gas bagi menggantikan loji-loji janakuasa arang batu yang akan tamat tempoh perkhidmatannya.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Fadillah Yusof
#tenaga elektrik
#arang batu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan