KUALA LUMPUR:Petronas akan membayar dividen sebanyak RM34 bilion kepada kerajaan Persekutuan pada tahun ini, meskipun mencatatkan kerugian pada suku kedua tahun 2020, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata sejak penubuhannya pada tahun 1974, Petronas telah membayar RM488 bilion kepada kerajaan dalam bentuk dividen.
"Pada 2019, jumlah dividen yang dibayar oleh Petronas adalah sebanyak RM54 bilion, termasuk dividen khas sebanyak RM30 bilion," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat semalam.
Beliau menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) yang ingin tahu sama ada Petronas akan tetap memberi dividen kepada kerajaan pada tahun ini setelah mencatatkan kerugian RM21 bilion pada suku kedua berakhir 30 Jun 2020.
Pang turut ingin tahu mengenai impak kerugian tersebut dan implikasi kepada ekonomi negara secara amnya serta pelan ekonomi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) secara khususnya.
Mustapa berkata RMK-12 yang pada awalnya dijadual dibentangkan pada 6 Ogos 2020 di Dewan Rakyat telah ditangguhkan kepada awal tahun depan bagi membolehkan kerajaan mengambil kira perubahan yang disebabkan oleh pandemik COVID-19.
"Memandangkan COVID-19 telah memberi impak yang ketara kepada ekonomi dunia termasuk Malaysia, maka analisis ekonomi yang diguna pakai ketika penyediaan dasar, strategi dan inisiatif RMK-12 perlu disemak semula terutamanya unjuran pertumbuhan ekonomi negara.
"Selain itu, penangguhan ini dibuat bagi membolehkan lebih banyak sesi libat urus bersama semua pihak berkepentingan diadakan, termasuk kementerian dan agensi, kerajaan negeri serta pakar ekonomi," katanya.
Katanya langkah ini untuk memastikan inisiatif yang dirangka di bawah RMK-12 sejajar dengan aspirasi dan dasar semasa yang menjadi tunjang kepada kerajaan selain memastikan perancangan RMK-12 dibuat berdasarkan anggaran kedudukan ekonomi dan fiskal yang lebih realistik.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 02 2020
Pada 2019, jumlah dividen yang dibayar oleh Petronas adalah sebanyak RM54 bilion, termasuk dividen khas sebanyak RM30 bilion. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Kerajaan baharu Argentina harap projek LNG dengan Petronas akan diteruskan - Mondino
Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.
Lewis Hamilton buat kejutan muncul di SMK Seri Keramat
Penampilan khas Lewis Hamilton di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat berjaya menarik perhatian netizen.
Pendapatan 2023 Petronas turun kepada RM343.6 bilion, seiring syarikat O&G global
Tengku Muhammad Taufik berkata, Petronas mencatatkan prestasi yang berdaya tahan bagi tahun 2023, biarpun dalam persekitaran yang tidak menentu.
Petronas keluarkan amaran scam pelaburan palsu guna nama CEO, syarikat tanpa kebenaran
Petronas berkata ia mengambil maklum mengenai satu penipuan pelaburan melibatkan penggunaan tanpa izin bagi nama dan logo syarikat.
Kami akan teruskan legasi Tun Taib Mahmud - Premier Sarawak
Allahyarham telah memberi sumbangan yang amat besar, malah beliau merupakan seorang daripada arkitek dalam penubuhan Petronas.
Cadangan loji jana kuasa di Labuan masih di peringkat awal - Petronas
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berkata cadangan pembinaan loji jana kuasa baharu di Labuan masih di peringkat awal.
Tiada perbincangan kembali anjur F1 di Malaysia - Petronas
Petroliam Nasional Bhd atau PETRONAS menafikan sebarang perbincangan untuk menganjurkan semula Formula 1 (F1) di Malaysia.
Polis tumpas sindiket seleweng diesel Petronas, 27 ditahan
Polis berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan diesel Petronas melibatkan pembekalan kepada kapal-kapal marin yang beroperasi dengan syarikat minyak dan gas negara itu.
Pelbagai peluang pelaburan hijau dijangka dapat diwujudkan di Malaysia - PM Anwar
Pelbagai peluang pelaburan hijau dan teknologi baharu dijangka dapat diwujudkan di Malaysia susulan komitmen tinggi diberikan kerajaan dalam usaha peralihan tenaga.
Pahang terima sumbangan pakej prihatin Yayasan Petronas
Kerajaan Negeri Pahang menerima sumbangan pakej prihatin berjumlah RM450,000 daripada Yayasan Petronas untuk diagihkan kepada mangsa banjir.