awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petronas boleh teruskan prosiding di Mahkamah Tinggi - Pakar Undang-Undang

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
23/06/2018
10:00 MYT
Petronas boleh teruskan prosiding di Mahkamah Tinggi - Pakar Undang-Undang
Ini berikutan kegagalan di Mahkamah Persekutuan adalah atas aspek teknikal dan bukan undang-undang.
Kegagalan Petronas mendapatkan kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap kerajaan Sarawak berhubung hak kawal selia aktiviti huluan minyak dan gas, bukan penamat cerita.
Pakar Undang-Undang, Profesor Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi berpendapat, Petronas boleh memulakan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi, memandangkan kegagalan di Mahkamah Persekutuan adalah atas aspek teknikal dan bukan undang-undang.
"Mahkamah Persekutuan tidak mengatakan kes ini tidak sah, sebaliknya ia bukan di bawah kendaliannya.
"Kalau nak cabar undang-undang, memang perlu ke Mahkamah Persekutuan tapi undang-undang tiada masalah dan tidak bercanggah dengan perlembagaan.
"Petronas boleh mulakan kes di Mahkamah Tinggi. Pertahankan haknya, tetapi seperti yang saya katakan isu ini bukan tentang pemilikan minyak tetapi isu pelesenan dan permit, dalam situasi di Sarawak," katanya.
Tambah beliau, dua isu yang perlu difahami adalah hak pemilikan minyak dan kawasan telaga minyak, serta hak pelesenan dan permit perlombongan.
"Apabila Petronas mempunyai hak pemilikan, bagaimana pula dengan haknya dalam aspek operasi? Itu perlu dibawa dan ditentukan oleh mahkamah. Tetapi seperti yang dikatakan tadi, hak pemilikan itu satu isu, manakala isu pelesenan, permit dan operasi di bawah kerajaan Negeri. Itu yang membawa kepada pertikaian ini," jelasnya lagi.
Mahkamah Persekutuan semalam menolak permohonan Petronas untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap kerajaan Sarawak berhubung hak syarikat minyak negara itu untuk mengawal selia aktiviti huluan minyak dan gas di negeri itu.
Relif perisytiharan yang dimohon oleh Petronas tidak terletak dalam bidang kuasa eksklusif Mahkamah Peersekutuan tetapi terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Topic Berkaitan
#kerajaan
#Mahkamah Persekutuan
#Mahkamah Tinggi
#minyak
#operasi
#Petronas
#SHAD SALEEM FARUQI
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan