KUALA LUMPUR: Petronas Dagangan Bhd (PDB) mencatatkan jumlah jualan melebihi 16 bilion liter bahan api pada 2023, meningkat lapan peratus tahun ke tahun, manakala perolehan sebanyak RM37.55 bilion.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-42 pada Isnin, syarikat itu menjelaskan meskipun harga jualan purata lebih rendah namun pihaknya merekodkan peningkatan perolehan sebanyak dua peratus didorong jumlah jualan lebih tinggi dan keuntungan selepas cukai juga meningkat 23 peratus kepada hampir mencecah RM1 bilion.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Azrul Osman Rani berkata prestasi terbaik dalam sejarah PDB itu menunjukkan kejayaan strategi pihaknya dalam meningkatkan standard dengan menyampaikan pengalaman pelanggan yang unggul.
"Pengguna masa kini menuntut cara yang lebih mudah dan baik dalam melakukan sesuatu, dan kami memberi respond menerusi pelaburan yang besar dalam penyelesaian fizikal dan digital kami," katanya.
PDB turut mengisytiharkan dividen keseluruhan sebanyak 80 sen sesaham, disokong oleh prestasi yang kukuh.
Menurut PDB perniagaan runcit mencapai jumlah jualan yang tidak pernah dicatatkan sebelum ini bagi 2023 didorong oleh perkhidmatan pelanggan yang unggul, produk berkualiti premium, dan penyelesaian digital seperti program kesetiaan Mesra Rewards tanpa kad.
Selain itu, perniagaan komersial pula merekodkan pertumbuhan kukuh sebagai tindak balas kepada lonjakan semula permintaan dalam sektor penerbangan dan huluan.
"Perniagaan gas petroleum cecair (LPG) mengatasi pertumbuhan industri dengan peningkatan enam peratus, memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju pasaran dalam segmen isi rumah dan komersial.
"Perniagaan minyak pelincir turut mencatatkan prestasi luar biasa, dengan peningkatan jualan sebanyak sembilan peratus, disokong oleh prestasi kukuh jenama utamanya iaitu, Syntium, Sprinta dan Urania," tambahnya.
PDB turut menjelaskan Setel mencapai trajektori pertumbuhan yang ketara pada tahun kewangan yang sama, dengan peningkatan ketara nilai barang dagangan kasar (GMV) daripada RM1.8 bilion kepada RM2.5 bilion.
Syarikat itu memaklumkan pemilihan pihaknya sebagai antara penyedia perkhidmatan e-dompet untuk eBelia Rahmah dan eMadani telah memperluas jumlah asas penggunanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2024
Dari kiri, Ketua Pegawai Kewangan Petronas Dagangan Farzlina Ahmad Murad, Azrul, Pengerusi Datuk Anuar Ahmad, Setiausaha Syarikat Norhashema Saleh dan Ketua Pegawai Operasi Khalil Jaffri Muhammad Muri, selepas AGM ke-42 pada Isnin. - Foto Petronas
OKU didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja lelaki
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 17 tahun di masjid berkenaan pada 2.30 petang, 15 Mac lepas.
AWANI Ringkas: Menteri ingatkan jangan ambil tindakan ekstrem
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia mula langkah kanan, tewaskan China
Malaysia memulakan aksi Kumpulan B acara regu kategori premier Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan langkah kanan selepas menewaskan China di Stadium Titiwangsa pada Sabtu.
Zon Selamat didakwa Israel adalah palsu - UNRWA
Dakwaan rejin Israel bahawa penduduk Gaza boleh berpindah ke 'zon selamat' atau 'zon kemanusiaan' ialah satu pembohongan kata Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam kenyataan pada Sabtu.
Semua pihak diseru jangan ambil tindakan ekstrem
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, beliau turut menyeru semua pihak agar tidak mengambil tindakan ekstrem ketika menunjuk tanda solidariti kepada umat Palestin.
JAINJ tingkat pemantauan penyebaran ajaran sesat
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan meningkatkan pemantauan penyebaran ajaran sesat di Ulu Tiram susulan insiden serangan balai polis yang berlaku pada Jumaat.
Kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus - KKM
Jumlah kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Anggota MALBATT meninggal dunia di Lubnan
Seorang Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) dari Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) yang dalam misi United Nations Interim Force in Lebonan (UNIFIL) meninggal dunia, pada Sabtu.
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
UAE hantar 100 tan bantuan kemanusiaan ke Brazil
Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu telah menghantar pesawat bantuan pertama yang membawa 100 tan makanan, perubatan dan bantuan kemanusiaan untuk membantu mangsa banjir dan hujan lebat yang melanda Brazil baru-baru ini.
Keuntungan TNB menyusut 46.7 peratus
Keuntungan selepas cukai kumpulan Tenaga Nasional Berhad (TNB) susut 46.7 peratus kepada RM1.41 bilion pada Separuh Pertama Tahun Kewangan 2020 berbanding RM2.65 bilion dalam tempoh sama pada 2019.