awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sanusi minta hidupkan kembali semangat Muafakat Nasional menjelang PRU16
[KOLUMNIS] Melangkaui ranking konvensional: Membina universiti berjiwa sebagai tunjang peradaban
Kekosongan 3 DUN: "Harap jangan sampai PRK diadakan" - MB Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petronas jalankan penilaian struktur pelantar susulan insiden Dayang Topaz

Bernama
Bernama
29/10/2020
08:13 MYT
Petronas jalankan penilaian struktur pelantar susulan insiden Dayang Topaz
Dalam kejadian Selasa lepas, kapal MV Dayang Topaz berlanggar dengan struktur pelantar berikutan kabel sauhnya terputus semasa cuaca buruk melanda. - Bernama
KUALA LUMPUR:Siasatan berhubung punca kejadian yang melibatkan kapal MV Dayang Topaz melanggar struktur pelantar di medan Baram, 14 batu nautika dari Miri, pada Selasa lepas sedang dijalankan, menurut Petronas.
Syarikat minyak negara itu berkata penilaian menyeluruh terhadap struktur pelantar itu sedang dilakukan.
"Petronas komited dalam mengambil semua langkah yang diperlukan untuk memastikan struktur pelantar kekal selamat dan terjamin," katanya dalam kenyataan hari ini.
Petronas berkata siasatan awal oleh pihaknya mendapati kejadian itu tidak mendatangkan sebarang kesan ke atas alam sekitar.
Ia juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa relevan untuk memantau situasi tersebut dan melakukan penilaian lebih lanjut untuk memastikan segala kemungkinan ditangani dengan segera, katanya.
"Kami juga memberikan semua sokongan yang diperlukan kepada DESB Marine Services Sdn Bhd dalam perkara ini," menurutnya.
Dalam kejadian Selasa lepas, kapal itu berlanggar dengan struktur pelantar berikutan kabel sauhnya terputus semasa cuaca buruk melanda.
Kapal itu, yang dimiliki anak syarikat milik penuh Dayang Enterprise Holdings Bhd, DESB Marine Services, sedang menjalankan kerja-kerja operasi di platform Baram untuk Petronas Carigali Sdn Bhd.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dayang Topaz
#Petronas
#Baram
#DESB Marine Services Sdn Bhd
#penilaian struktur pelantar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan