Skip to main content

Malaysia

Petugas AADK maut dilanggar pemandu disyaki positif dadah

Keadaan sebuah Toyota Alphard (hadapan) dan Perodua Alza yang rosak teruk selepas terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 18, Jalan Temerloh-Bahau, Bera pada Jumaat. Gambar kecil mangsa: Mohamed Sharif -- SINAR HARIAN
Keadaan kenderaan yang rosak teruk selepas terlibat dalam kemalangan maut di KM 18, Jalan Temerloh-Bahau, Bera pada Jumaat. Gambar kecil: Mohamed Sharif. - Foto Sinar Harian
Advertisement

KUANTAN: Seorang petugas Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) maut selepas kereta dipandunya dilanggar pemandu disyaki positif dadah di KM18 Jalan Temerloh-Bahau dekat Bera semalam. 

Ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata kemalangan kira-kira 10 pagi itu mengakibatkan Mohamed Sharif Mohamed Ali, 37, yang bertugas di Bera meninggal dunia di lokasi kejadian. 

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kereta dipandu Mohamed Sharif dalam perjalanan dari arah Triang menghala ke Temerloh manakala sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu lelaki berusia 29 tahun bersama penumpang berumur 25 tahun dari Kuala Lumpur menghala ke Triang. 

“Ketika di tempat kejadian, MPV berkenaan dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar kereta dipandu Mohamed Sharif yang kemudiannya terbabas ke bahu jalan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Zulkiflee berkata kemalangan berkenaan turut mengakibatkan pemandu dan penumpang MPV mengalami cedera ringan di bahagian kaki.

Beliau berkata hasil ujian saringan awal air kencing mendapati pemandu MPV itu positif dadah jenis Erimin 5 manakala kemalangan berkenaan sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987.  

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement