awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir: Sumatera Barat tamatkan status darurat, fokus fasa pemulihan pasca bencana
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petugas barisan hadapan, rakyat Malaysia lesu, COVID-19 tidak pernah lesu - Dr Noor Hisham

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
21/11/2020
12:42 MYT
Petugas barisan hadapan, rakyat Malaysia lesu, COVID-19 tidak pernah lesu - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham berkata, virus itu tidak pernah lesu untuk menjangkiti kita semua jika gagal mematuhi SOP yang ditetapkan. - Gambar BERNAMA
PUTRAJAYA:Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengakui petugas barisan hadapan dan rakyat Malaysia sudah mula lesu untuk berdepan dengan penularan jangkitan COVID-19.
Namun, beliau berkata, virus itu tidak pernah lesu untuk menjangkiti kita semua, jika gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Sehubungan itu, tegas beliau, perkara itu tidak boleh diambil mudah bagi mengelak terkena jangkitan virus berkenaan.
"Dalam tempoh 10 bulan, saya akui petugas barisan hadapan sudah lesu dan rakyat Malaysia juga lesu untuk patuh SOP dari segi mental dan fizikal.
"Tetapi virus tidak pernah lesu dan akan menjangkitkan kita semua apabila ambil mudah dan abai SOP," katanya dalam sesi Taklimat Khas COVID-19 di sini pada Sabtu.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, pihaknya lebih bersedia dalam menghadapi gelombang ketiga COVID-19 berdasarkan pengalaman dan pengajaran daripada gelombang pertama dan kedua yang lalu.
"Dalam tempoh lapan bulan sebelum ini, kita mampu kawal kes dan berjaya kurangkan sehingga 10,000 kes jangkitan.
"Apabila bulan September dan Oktober kes mula naik mendadak sehingga 50,000 kes, ia lebih mencabar tetapi kesiapsiagaan kita dapat membendung penularan COVID-19 berbanding sebelum ini," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#SOP
#COVID-19
#rakyat Malaysia
#Ketua Pengarah Kesihatan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#rakyat lesu
#petugas barisan hadapan
#prosedur operasi standard
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan