awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petugas media di DUN Selangor keracunan makanan

Bernama
Bernama
18/04/2014
08:31 MYT
Petugas media di DUN Selangor keracunan makanan
Lebih 10 petugas media yang membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di sini semalam, mengalami cirit-birit dipercayai akibat keracunan makanan.
Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Hannah Yeoh berkata pihaknya menerima aduan daripada beberapa petugas berhubung kejadian itu, pagi ini.
Yeoh, yang turut mengalami keracunan makanan, berkata beliau mengesyaki ia berpunca daripada makanan yang dihidangkan pihak katerer, semalam.
"Akibat daripada itu, kami juga telah memanggil doktor serta beberapa petugas kesihatan kerajaan untuk hadir ke sini dan mengadakan pemeriksaan terhadap para wartawan," katanya kepada pemberita di lobi dewan hari ini.
Beliau berkata selain petugas media, timbalan speaker dan tiga kakitangan Dewan Undangan Negeri serta kakitangan pejabat Speaker turut mengalami keracunan makanan.
"Susulan itu, kami mengambil tindakan menghentikan perkhidmatan katerer ini serta merta walaupun tempoh kontrak yang diberikan kepada mereka adalah sepanjang tahun ini," katanya yang turut memohon maaf kepada semua petugas media berhubung kejadian itu.
Topic Berkaitan
#DUN
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan