MALAYSIA
PGA gagal cubaan seludup 19,000 kg beras putih dari Thailand

Kesemua suspek bertindak melarikan diri ke kawasan semak berhampiran sebaik menyedari kehadiran anggota keselamatan yang sedang melakukan rondaan. - Foto FB PGA
KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan cubaan menyeludup 19,000 kilogram (kg) beras putih dari Thailand ketika melakukan rondaan Op Taring Wawasan di Jalan Kampung Air Gatal, Tanah Merah, semalam.
Ringkasan AI
- PGA berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 19 tan beras putih dari Thailand di Tanah Merah, Kelantan, dengan nilai rampasan termasuk treler dianggarkan RM426,000.
- Cubaan menyeludup 11 ekor lembu turut digagalkan di Tumpat, apabila pemandu lori gagal mengemukakan dokumen sah dan ditahan untuk siasatan.
- Kes disiasat mengikut Akta Kawal Selia Padi dan Beras 1994 serta Akta Binatang 1953, manakala semua rampasan diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan lanjut.
"Barang rampasan termasuk treler dianggarkan bernilai RM426,000 dan diserahkan kepada Kawalselia Padi dan Beras Kelantan untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras 1994.
Sementara itu, Nik Ros Azhan berkata pihaknya turut menggagalkan cubaan menyeludup 11 ekor lembu selepas menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di Kampung Telaga Bata, Tumpat, Khamis lepas.
"Pemandu gagal menunjukkan sebarang dokumen yang sah berkaitan lembu berkenaan. Pemandu warga tempatan berusia 28 tahun yang dipercayai menjadi penghantar lembu, turut ditahan," katanya.
Beliau berkata kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM151,000 termasuk lori dan hasil rampasan diserahkan kepada Jabatan Veterinar Kelantan untuk tindakan selanjutnya, manakala kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami