awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kertas siasatan anggota polis pukul pemuda diserah kepada Pejabat Peguam Negara
Finas salur RM1.51 juta insentif tayangan kepada 27 filem
[TERKINI] "Kerajaan tegas perangi rasuah, tanpa pilih kasih" – PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penarik kereta rugi RM267,250 ditipu sindiket pelaburan kripto tidak wujud

Bernama
Bernama
26/09/2025
13:15 MYT
Penarik kereta rugi RM267,250 ditipu sindiket pelaburan kripto tidak wujud
Seorang penarik kereta kerugian RM267,250, selepas diperdaya sindiket pelaburan mata wang kripto tidak wujud. - Foto hiasan
JOHOR BAHRU: Seorang penarik kereta kerugian RM267,250, selepas diperdaya sindiket pelaburan mata wang kripto tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Kulai ACP Tan Seng Lee berkata warga emas berusia 64 tahun itu membuat laporan semalam, selepas menyedari ditipu apabila diminta membuat bayaran tambahan bagi melengkapkan syarat pengeluaran keuntungan.
Beliau berkata sindiket tersebut menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda dalam tempoh singkat, berdasarkan jumlah pemindahan wang.
"Setiap transaksi mangsa dikira sebagai mata ganjaran dan mangsa perlu memperoleh 100 mata sebelum dibenarkan mengeluarkan wang keuntungan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tan berkata mangsa secara keseluruhan membuat 49 transaksi berjumlah RM267,250 ke dalam tujuh akaun bank tempatan antara 18 Ogos hingga 19 Sept lepas.
Bagaimanapun mangsa didakwa hanya memperoleh 98 mata, sebelum diminta membuat bayaran tambahan berjumlah RM88,184.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Penarik Kereta
#rugi
#pelaburan kripto tidak wujud
#sindiket pelaburan mata wang kripto
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan