awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PGA rampas 88 kilogram ganja mampat bernilai RM4.4 juta

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
22/01/2022
13:44 MYT
PGA rampas 88 kilogram ganja mampat bernilai RM4.4 juta
Nilai keseluruhan ganja yang dirampas adalah sebanyak RM4.4 juta dimana mengikut harga pasaran RM50,000 sekilogram. - Foto PGA
BUKIT KAYU HITAM: Kawalan ketat agensi penguat kuasa melalui sempadan perairan negara ditambah faktor ombak kuat menyukarkan bot berlayar mendesak sindiket penyeludupan dadah memilih laluan darat untuk melakukan kegiatan haram.
Bagaimanapun cubaan itu berjaya dihidu dan digagalkan Batalion 18 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Hulu, Perak apabila berjaya merampas 88 kilogram (kg) ganja mampat bernilai RM4.4 juta, pada Jumaat malam.
Timbalan Komander Briged Utara PGA, Asisten Komisioner Noh Khamis berkata, mengesyaki kelibat dua lelaki mencurigakan di kawasan semak di Jalan Stesen Keretapi Padang Besar, yang keluar masuk dari kawasan semak yang hanya jarak 10 meter daripada pagar sempadan akhirnya sepasukan pegawai dan anggota bertindak menyerbu kawasan itu pada jam 9 malam.
"Pada peringkat awal kita tidak dapat kesan apa yang dibawa oleh kumpulan ini, hasil pemerhatian selama lebih kurang setengah jam, kita khuatir kenapa ada pergerakan keluar masuk keluar di kawasan tersebut.
"Hasil pemeriksaan kita dapati terdapat sebanyak tujuh guni hitam di kawasan tersebut. Pada peringkat awal kita sangkakan ia ketum tetapi lepas pemeriksaan secara teliti kita dapati ia adalah ganja," katanya pada sidang media di Martak Taktikal Briged Utara PGA, di Bukit Kayu Hitam, hari ini.
Katanya, kawasan berpagar kawad duri itu dikesan menjadi lokasi terbaru penyeludupan barangan terlarang ekoran kedudukannya di laluan mendatar dan berdekatan dengan sempadan Malaysia-Thailand yang memudahkan pemunggahan barang.
Nilai keseluruhan ganja yang dirampas adalah sebanyak RM4.4 juta dimana mengikut harga pasaran RM50,000 sekilogram.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Noh berkata, sekiranya ganja itu terlepas, ia boleh digunakan lebih 400,000 penagih di negara ini.
Pihaknya percaya berkemungkinan besar akan ada lagi cubaan untuk membawa masuk dadah seperti ini dari negara jiran dan pihaknya memperketatkan lagi kawalan selain menggunakan dron untuk pemantauan lebih meluas bagi mengekang kegiatan penyeludupan di sempadan.
Topic Berkaitan
#ganja
#Dadah
#Pasukan Gerakan Am
#PGA
#ganja mampat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan