awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PGA rampas balak RM5.7 juta diperolehi secara haram di Sarawak

Bernama
Bernama
15/04/2025
06:00 MYT
PGA rampas balak RM5.7 juta diperolehi secara haram di Sarawak
Tangkapan dan kesemua barang rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Hutan Cawangan Bintulu untuk tindakan dan siasatan lanjut di bawah Ordinan Hutan Sarawak 2015 serta Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63. - Gambar hiasan
KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak berjaya menumpaskan kegiatan pembalakan haram dan merampas 400 batang kayu balak bernilai kira-kira RM5.7 juta dalam Op Taring Libas di Jalan Selangau, Sibu semalam.
Komander PGA Briged Sarawak SAC Che Ghazali Che Awang berkata enam lelaki terdiri dari empat warga tempatan berumur 38 hingga 61 tahun, serta dua rakyat Indonesia berusia 32 dan 47 tahun turut ditahan dalam serbuan kira-kira 10 pagi itu.
"Turut dirampas ialah sebuah kenderaan, dua jentera berat jenis kobelco, serta sebuah jentolak yang digunakan untuk kegiatan pembalakan itu. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM5,728,000 berdasarkan harga pasaran semasa," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata tangkapan dan kesemua barang rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Hutan Cawangan Bintulu untuk tindakan dan siasatan lanjut di bawah Ordinan Hutan Sarawak 2015 serta Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rampasan balak
#Sarawak
#PGA
#Sibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan