awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PGA rampas kosmetik Thailand bernilai lebih RM100,000

Bernama
Bernama
30/12/2024
15:59 MYT
PGA rampas kosmetik Thailand bernilai lebih RM100,000
Nik Ros Azhan berkata rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 7 PGA semasa membuat rondaan Op Taring Wawasan Kelantan di kawasan itu. - Bernama
KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik dari Thailand dianggarkan bernilai RM102,800 dalam serbuan di sebuah stor pangkalan haram Syed Mior, Pasir Mas, pada Ahad.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 7 PGA pada 10.30 pagi semasa membuat rondaan Op Taring Wawasan Kelantan di kawasan itu.
Beliau berkata hasil pemeriksaan di dalam stor terbabit anggota menemukan kotak mengandungi pelbagai jenis produk kosmetik tanpa dokumen yang sah dan dipercayai untuk diseludup masuk ke pasaran tempatan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 7(1)(a) Peraturan Peraturan Dadah dan Kosmetik 1984 dan hasil rampasan dibawa ke Komtak Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya.
"PGA akan terus mengiatkan usaha mengekang kegiatan penyeludupan daripada terus berleluasa di sempadan negara dan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang terbabit," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pasukan Gerakan Am
#penyeludupan
#kosmetik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan