awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad

Bernama
Bernama
21/02/2025
00:40 MYT
PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Pemandu lori yang merupakan lelaki warga tempatan berumur 59 tahun dan dipercayai menjadi penghantar anak pokok Bromeliad tersebut ke pasaran tempatan, turut ditahan. - Foto PGA Briged Tenggara
KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad di Jalan Besar Rantau Panjang-Pasir Mas semalam.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan itu dilakukan selepas anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori pada kira-kira 5.30 petang yang dipandu dalam keadaan mencurigakan dalam Op Taring Wawasan.
"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat lebih 1,000 anak pokok Bromeliad dipercayai diseludup dari Thailand ditemui dalam lori tersebut. Tanaman ini disyaki mempunyai serangga perosak dan penyakit.
"Pemandu lori yang merupakan lelaki warga tempatan berumur 59 tahun dan dipercayai menjadi penghantar tanaman tersebut ke pasaran tempatan, turut ditahan. Anggaran nilai rampasan keseluruhan RM 250,000," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5 dan suspek serta barang rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#seludup
#PGA Briged Tenggara
#anak pokok Bromeliad
#Op Taring Wawasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan