PGA tumpas makmal proses air ketum di Kuantan

Pihak berkuasa turut menjumpai 547 bungkus air ketum yang telah siap diproses dengan jumlah anggaran 437.6 liter. - Foto FB PGA Briged Tenggara
KUANTAN: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menggagalkan kegiatan memproses serta mengedarkan air ketum selepas melakukan serbuan di sebuah rumah di Kampung Padang Jaya, Jaya Gading di Kuantan pada Khamis.
Ringkasan AI
- Serbuan PGA Briged Tenggara di Kampung Padang Jaya, Kuantan berjaya menggagalkan aktiviti pemprosesan dan pengedaran air ketum.
- Seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun ditahan, dengan penemuan 52.90 kilogram daun ketum yang baru dipetik dan 547 bungkus air ketum siap diproses.
- Rampasan keseluruhan termasuk peralatan penghasilan air ketum dan kenderaan suspek bernilai RM71,000; kes disiasat di bawah Akta Racun 1952.
Hasil pemeriksaan awal menemukan sejumlah 52.90 kilogram daun ketum yang dipercayai baru dipetik untuk tujuan pemprosesan.
Pihak berkuasa turut menjumpai 547 bungkus air ketum yang telah siap diproses dengan jumlah anggaran 437.6 liter.
Kesemua bungkusan itu disimpan di beberapa lokasi dalam rumah selain turut ditemukan di dalam sebuah kenderaan milik suspek.
Operasi tersebut turut membawa kepada rampasan peralatan lengkap yang digunakan untuk menghasilkan dan membungkus air ketum.
Keyataan itu juga memberitahu, sebuah kenderaan yang dipercayai digunakan suspek bagi urusan penghantaran turut disita, menjadikan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sekitar RM71,000.
Lelaki berkenaan kemudian diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan bagi proses siasatan lanjut.
Menurut PGA, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan tindakan terhadap kesalahan melibatkan penyediaan dan pengedaran bahan terlarang itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


