Pembinaan Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) yang terbengkalai sejak beberapa tahun lalu kini di tahap kemajuan kerja 70 peratus.
Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, dari pembentangan kertas putih Felda, kerajaan juga meluluskan peruntukan geran sebanyak RM250 juta untuk menyiapkan 20 tapak projek perumahan PGBF.
Menurut beliau, daripada sasaran 20,000 unit pada 2013, 606 unit akan diserahkan Disember ini manakala 2,436 unit akan disiapkan secara berperingkat pada tahun depan.
“Daripada jumlah itu 1,070 unit rumah iaitu 63 peratus telah serah kunci dan 628 unit rumah dalam proses serah kepada peserta manakala 11 projek melibatkan 3,096 rumah dalam pembinaan," katanya.
Dr Mohd Radzi berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr. Hasan Bahrom (PH - Tampin) yang meminta Kementerian Hal Ehwal Ekonomi menyatakan sejauh manakah kemajuan yang telah dilakukan oleh kementerian dalam proses membaik pulih perumahan generasi kedua FELDA yang terbengkalai.
Kata Dr Mohd Radzi, sebanyak 606 unit dijangka disiapkan dan diserahkan pada Disember 2019 dan baki 2,436 unit akan disapkan secara berperingkat pada 2020.
Tambah beliau, usaha menyiapakan rumah terbengkalai ini dengan tumpuan menyiapkan PGBF di tahap kemajuan 70 peratus ke atas.
Ujarnya, satu pengukur penilaian prestasi telah dilaksanakan untuk membantu Felda menyediakan pelan tindakan mampan untuk menyelesaikan masalah ini.
Semasa pembentangan Bajet 2013, sasaran PGBF dibuat dengan sasaran 20,000 unit dalam tempoh lima tahun dan FELDA akan menerima 1.5 bilion ringgit.
Namun sehingga 2017, FELDA hanya menerima RM200 juta untuk menyiapkan projek perumahan ini.
Wan Syamsul Amly
Mon Nov 25 2019
Pembinaan Perumahan Generasi Baharu FELDA yang terbengkalai sejak beberapa tahun lalu kini di tahap kemajuan kerja 70 peratus, kata Dr Mohd Radzi Md Jidin. - Gambar fail
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Adakah Freedom Flotilla ke Gaza bakal terjejas?
Perkembangan terbaru ni pastinya memberi impak kepada Misi Freedom Flotilla untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
Kerajaan lulus peruntukan RM200 juta bina Empangan Jernih - KM Melaka
Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan kira-kira RM200 juta iaitu tambahan RM36 juta untuk pembinaan Empangan Jernih bagi menyelesaikan isu bekalan air di negeri ini.
Pakej rangsangan ekonomi rancakkan pelancongan domestik - Azmin
Sektor pelancongan Malaysia merupakan yang paling teruk terjejas ekoran penularan wabak Novel Koronavirus (COVID-19).
PGBF sudah 70 peratus siap - Dr Mohd Radzi
Pembinaan Perumahan Generasi Baharu FELDA yang terbengkalai sejak beberapa tahun lalu kini di tahap kemajuan kerja 70 peratus
'Pelaksanaan agenda SDG 2030 perlu kerjasama semua pihak' - PM
Dalam memenuhi agenda Matlamat Pembangunan Lestari seperti yang dianjurkan PBB, Malaysia, seperti negara-negara lain, perlu terlebih dahulu menangani cabaran perubahan iklim dalam pelaksanaanya.
Perbezaan WKB 2030 berbanding pelan kerajaan lain dijelaskan hari ini
Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) meminta penjelasan daripada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi berhubung perbezaan antara Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan beberapa pelan kerajaan sebelum ini.
Tiada negeri yang terpinggir di bawah RMK12 - Azmin
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi akan meneliti semua input yang diperolehi pada sesi libat urus bersama semua kerajaan negeri sebagai panduan kementerian sebelum RMK12 dibentangkan.
Video lucah: Azmin nafi terlibat, dakwa ada usaha jatuhkan beliau
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan tuduhan yang mengaitkan beliau dalam video lucah yang tular sejak Selasa.
Tun M sahkan bantuan RM300 kepada peneroka Felda
Berita baik untuk sejumlah 112,635 peneroka di bawah skim Felda apabila Kerajaan Malaysia akan menghulurkan bantuan Aidilfitri sebanyak RM300 setiap orang.
Arah tuju baharu ekonomi diumum pada September
Beliau berkata kementerian itu dan Unit Perancang Ekonomi sedang menyiapkan semakan itu.
Azmin mahu laksana reformasi ekonomi, selamatkan negara daripada krisis
Datuk Seri Azmin Ali menerima amanah Menteri Hal Ehwal Ekonomi dengan kesedaran melaksanakan reformasi ekonomi demi menyelamatkan negara dari krisis akibat kecelaruan dasar pentadbiran sebelum ini.