KOTA BHARU: Pakatan Harapan (PH) Kelantan menyerahkan kepada pimpinan pusat bagi menentukan calon yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Mas pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Pengerusi PH Kelantan Muhammad Husain berkata berdasarkan persetujuan awal, kerusi berkenaan diberikan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan.
"Tetapi apabila calon Amanah diletakkan di DUN Kota Lama, secara dasarnya kerusi Tanjong Mas akan diberikan kepada PKR. Buat masa ini belum ada sebarang ketetapan, kita biar pimpinan pusat buat keputusan," katanya kepada Bernama hari ini.
Ahad lepas, Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu dalam satu majlis pengumuman calon di sini mengumumkan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Kelantan Dr Hafidzah Mustakim akan bertanding di DUN Kota Lama.
Pada PRN nanti, PH yang merangkumi Amanah dan PKR akan bertanding di 14 kerusi daripada 45 kerusi DUN Kelantan, manakala rakan sekutu PH iaitu Barisan Nasional (BN) pula meletakkan calon di 31 kerusi.
Dalam pada itu, Muhammad yang juga Pengerusi Amanah negeri berkata PH dan BN Kelantan turut mengumumkan manifesto kedua-dua gabungan kepada rakyat Kelantan sempena PRN kali ini dalam satu majlis yang akan ditetapkan kemudian.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 27 2023
Muhammad berkata, PH dan BN Kelantan akan mengumumkan manifesto kedua-dua gabungan kepada rakyat Kelantan untuk PRN kali ini dalam satu majlis yang akan ditetapkan kemudian. - Gambar fail BERNAMA
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Saya tak pernah bercita-cita jadi MB - Mohd Nassuruddin
Bagaimanapun, ADUN Meranti itu berkata, beliau terima jawatan tersebut sebagai satu tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul.
Fadzli MB, Nassuruddin TMB baharu Kelantan?
Takiyuddin berkata, ada dua nama yang akan dipersembahkan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pada Isnin bagi mendapat perkenan.
MB baharu Kelantan perlu jalin hubungan baik dengan kerajaan Pusat
Menteri Besar Kelantan yang baharu perlu berintegriti dan menjalin hubungan yang baik dengan kerajaan Pusat demi kesejahteraan rakyat.
PRN: Serangan terhadap saya dibuktikan dengan pertambahan majoriti - Mohd Amar
Kemenangan Datuk Mohd Amar Abdullah dengan majoriti yang bertambah membuktikan bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan itu masih diterima oleh sebahagian besar penyokong Pas dan pengundi.
PRN: Pas gagal rampas DUN Galas, Kota Lama satu kejutan - Ahmad
Pas akan melakukan pascanilai atau post mortem bagi kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang kekal menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN).
PRN: Masalah kesihatan punca Ahmad Yakob tolak jadi MB Kelantan
Ahmad berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada tahun ini.
PRN: Dakwaan gaduh dengan Takiyuddin, Mohd Amar tegaskan mengarut
Mohd Amar menafikan beliau bergaduh dengan Takiyuddin berkaitan keputusan parti itu yang mahu membuat perubahan jawatan menteri besar Kelantan dan timbalan.
PRN: Pertukaran MB Kelantan, timbalan kerana mahu semangat baharu - Abdul Hadi
Presiden Pas berkata keputusan untuk menukar Menteri Besar Kelantan dan timbalannya dibuat kerana inginkan semangat baharu di negeri itu.
Kelantan umum Ahad cuti peristiwa
Pengisytiharan itu untuk memberi kemudahan kepada rakyat negeri Kelantan, serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya.
PRN: Mohd Amar enggan ulas isu tukar MB, Timbalan MB Kelantan
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah enggan memberi sebarang komen berkaitan keputusan Pas melakukan perubahan jawatan menteri besar dan timbalannya.