KUALA LUMPUR :Pemimpin Pakatan Harapan (PH) di Perak diberikan kuasa untuk memutuskan atau membuat sebarang cadangan berhubung kemelut yang berlaku di negeri tersebut.
Pengerusinya PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, gabungan itu sudah membincangkan keadaan di negeri itu dan akan terus memantau situasi berkenaan.
“Kita harus memantau perkembangan di Perak dan berbincang dengan kepimpinan negeri di Perak iaitu DAP, PKR dan Amanah dan ini adalah perkembangan yang sangat positif.
“Ia sekali lagi ini mencerminkan ketidakcekapan MB (Menteri Besar) dan mereka harus mengambil tindakan dan langkah-langkah,” katanya ketika ditemui di Parlimen pada Isnin.
BACA: Perkembangan terkini politik Perak di sini
Ketika ditanya adakah Datuk Saarani Mohamad yang dicalonkan menjadi Menteri Besar merupakan pilihan yang baik, Anwar menegaskan, mereka tidak membincangkan isu tersebut.
Astro AWANI pada Isnin melaporkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO di Perak secara konsensus menamakan ADUN Kota Tampan, Saarani sebagai calon Menteri Besar Perak yang baharu.
ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya memaklumkan perkara tersebut di akaun media sosial beliau.
Dalam masa sama, Shahrul Zaman berharap tidak ada mana-mana pihak membuat sebarang spekulasi yang turut mengaitkan nama beliau sebagai calon Menteri Besar Perak.
Malam ini, mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO akan diadakan di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini.
Media difahamkan mesyuarat itu akan dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan dijangka memberi fokus kepada situasi pembentukan kerajaan baharu Perak.
Sementara itu, Saarani turut mengesahkan akan menghadiri mesyuarat tersebut.
Astro Awani
Mon Dec 07 2020
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, gabungan itu sudah membincangkan keadaan di Perak dan akan terus memantau situasi berkenaan. - Gambar BERNAMA
Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 8.05 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.2430/2600 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2460 pada Rabu.
Kerajaan Lubnan bersiap sedia kemungkinan senario perang dengan Israel
Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan Krisis negara itu membincangkan "kemungkinan senario" jika serangan Israel berlanjutan.
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke China sempena Lawatan Negara
Sultan Ibrahim berangkat ke China pagi ini untuk Lawatan Negara selama empat hari atas jemputan Presiden Xi Jinping.
#AWANIRingkas 19 September 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 19 September 2024
1️⃣ Banjir di utara tanah air
2️⃣ Op Global: Tiga suspek kes liwat didakwa hari ini
3️⃣ The FED potong kadar faedah
#awaniringkas
1️⃣ Banjir di utara tanah air
2️⃣ Op Global: Tiga suspek kes liwat didakwa hari ini
3️⃣ The FED potong kadar faedah
#awaniringkas
Pemaju mengimbangi kelestarian dan kemampuan dalam hartanah
Terokai integrasi kelestarian dalam sektor hartanah Malaysia, dengan tumpuan kepada cabaran utama, kesan perundangan, dan permintaan pengguna yang semakin berkembang terhadap kawasan hijau. Temu bual ini menyoroti strategi inovatif Hornbill Networks Consortium dalam mengimbangi kelestarian dengan kemampuan, kerjasama kerajaan, dan visi jangka panjang mereka untuk menerapkan prinsip ESG dalam pembangunan hartanah, khususnya di Sarawak.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 18 Sept 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi Ringgit Malaysia berbanding dolar Singapura.
SDG: Generasi muda membentuk generasi mampan
Belia di Malaysia boleh memainkan peranan penting dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dengan menggunakan pendekatan strategik dan bersepadu. Fokus adalah untuk meneliti usaha untuk meningkatkan kemahiran dalam menangani isu global seperti perubahan iklim dan ketidaksamaan sosial, serta memperkukuh pendidikan di luar sekolah agar golongan muda dapat menjadi lebih aktif dalam membentuk masa depan yang berdaya tahan?
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 19 September 2024
Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu berikutan sentimen lemah apabila para peniaga kekal tidak memasuki pasaran menjelang jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) lewat malam ini. Jumlah dagangan susut kepada 2.30 bilion unit bernilai RM2.75 bilion daripada 3.19 bilion unit bernilai RM3.35 bilion.
[DATA & STATISTIK] Prestasi ringgit setakat 19 September 2024
Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) mencapai paras tertinggi sejak 2 Feb, 2023 ketika ditutup pada Rabu. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pemerhati pasaran menjangkakan penurunan 50 mata asas (bps) bagi Kadar Dana Fed (FFR) malam ini.
AWANI Ringkas: The FED potong kadar faedah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
SDG30: Pencapaian Malaysia menggalakkan, tak bermaksud boleh berpuas hati – PM Anwar
Laporan penilaian SDG menunjukkan Malaysia mencapai 43 peratus pelaksanaan, berbanding pencapaian purata negara lain iaitu 17 peratus.
PM Anwar terkesan dengan pemergian bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Ahmad Mohd Don
Perdana Menteri terkesan dengan pemergian sahabatnya bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Ahmad Mohd Don yang meninggal dunia pagi tadi.
Status halal tidak lagi sekadar merujuk tiada babi, alkohol - PM Anwar
Status halal kini tidak lagi sekadar merujuk kepada makanan atau minuman yang tidak mengandungi babi atau alkohol.
PM Anwar ucap Selamat Hari ATM ke-91
Anwar menzahirkan penghargaan kepada wira negara atas jasa serta pengorbanan mereka melindungi keselamatan dan kedaulatan negara.
Tindakan tolak MoU peruntukan pembangkang tidak bererti rundingan tamat - Fahmi
Tindakan pihak pembangkang menolak MoU mengenai peruntukan kepada mereka tidak bererti rundingan berhubung perkara itu telah tamat.
Umat Islam wajar terus jadikan Rasulullah sebagai 'Uswatun Hasanah' - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata umat Islam wajar terus menjadikan Nabi Muhammad SAW yang merupakan murabbi terunggul dan teragung umat sebagai 'Uswatun Hasanah'.
Tolak perpecahan, julang kebersamaan, lonjak potensi negara bersama - Anwar
Perdana Menteri mahu seluruh rakyat Malaysia menjulang kebersamaan bagi melonjakkan potensi dan keupayaan negara ke tahap tertinggi.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis sambutan Maulidur Rasul
Pada majlis itu, Seri Paduka Baginda dijadual mengurniakan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan.
MA63: Penyelesaian 11 tuntutan satu titik manis dalam sejarah Malaysia - Penganalisis
Ia pastinya menjadi nadi penilaian masyarakat Borneo khususnya di Sarawak, untuk bersandar harapan dan keyakinan kepada Kerajaan MADANI.
MAHA 2024: Amalan import benih, baja secara kartel wajib dihentikan - PM Anwar
Segala keputusan yang dibuat haruslah berdasarkan fakta, serta mengambil kira apa yang terbaik untuk petani, nelayan dan pekebun kecil di negara ini.