awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Phone scam', wanita rugi RM301,000 ditipu lelaki menyamar polis

Bernama
Bernama
27/09/2025
01:40 MYT
'Phone scam', wanita rugi RM301,000 ditipu lelaki menyamar polis
Suspek mendakwa mangsa terbabit dalam kes penggubahan wang haram dan akan ditangkap, sebelum meminta mangsa menyerahkan maklumat akaun bank miliknya. - Gambar hiasan
BATU PAHAT: Seorang wanita tempatan kerugian RM301,000 selepas menjadi mangsa penipuan 'phone scam' oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mangsa berusia 59 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki pada 14 Mei lepas yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Beliau berkata, suspek mendakwa mangsa terbabit dalam kes penggubahan wang haram dan akan ditangkap, sebelum meminta mangsa menyerahkan maklumat akaun bank miliknya.
"Mangsa turut diminta membuat pindahan wang ke akaun bank yang diberikan kononnya untuk tujuan siasatan Bank Negara, dan antara 20 Mei hingga 25 Sept, mangsa memasukkan wang secara berperingkat ke dalam 17 akaun berbeza.
"Selepas memasukkan sejumlah RM301,000, mangsa diminta membuat bayaran tambahan namun enggan berbuat demikian selepas menyedari dirinya ditipu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan orang ramai diingatkan supaya lebih berhati-hati apabila menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali serta membuat semakan terlebih dahulu sekiranya meragukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa penipuan
#menyamar
#pegawai polis
#penggubahan wang haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan