awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit naik kepada 3.9130 berbanding dolar AS, disokong asas ekonomi kukuh
APMM Kelantan rampas RM20.33 juta, 56 kes direkod sepanjang 2025
Duit RM35,000 disimpan dalam plastik untuk modal berniaga hangus dalam kebakaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Phua Chu Kang" ikrar jadi pemandu dan penunggang lebih berhemah

Bernama
Bernama
09/06/2021
05:31 MYT
"Phua Chu Kang" ikrar jadi pemandu dan penunggang lebih berhemah
Pada April, Gurmit ditahan ketika memandu pada kelajuan 131kmj di sepanjang Woodlands Avenue 12 menuju Seletar Expressway yang had lajunya adalah 70kmj.
SINGAPURA: Pelakon Singapura Gurmit Singh yang terkenal menerusi sitkom "Phua Chu Kang" didenda S$800 dan dilarang memandu selama tiga bulan setelah mengaku bersalah memandu melebihi had laju.
Gurmit yang mempunyai ramai pengikut di Malaysia berjanji "melakukan yang lebih baik untuk menjadi pemandu dan penunggang yang lebih berhemah".
"Hai semua. Anda mungkin telah atau tidak pernah mendengar berita itu tetapi saya hanya ingin mengatakan bahawa saya memohon maaf, dan saya harap dapat melakukan yang lebih baik. Jaga diri, " katanya di akaun Instagramnya.
Menurut The Straits Times, pada April, Gurmit, 56, ditahan ketika memandu pada kelajuan 131kmj di sepanjang Woodlands Avenue 12 menuju Seletar Expressway yang had lajunya adalah 70kmj.
Gurmit boleh dipenjara hingga tiga bulan atau denda hingga S$1,000 kerana memandu laju sementara mereka yang disabitkan dengan kesalahan sama lebih sekali boleh dipenjara hingga enam bulan atau denda hingga S$2,000.
Laporan itu menyebut selebriti itu, yang nama penuhnya adalah Gurmit Singh Virk Chainchal Singh, sebelumnya tidak pernah mempunyai rekod kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gurmit Singh
#Phua Chu Kang
#memandu laju
#melebihi had laju
#didenda
#disaman
#Malaysia
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan