awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Asia 2023: 'Selamat berjuang, Harimau Malaya' - PM

Astro Awani
Astro Awani
04/01/2024
14:38 MYT
Piala Asia 2023: 'Selamat berjuang, Harimau Malaya' - PM
Anwar meluahkan keyakinan bahawa pasukan kendalian Kim Pan Gon itu mampu memberi saingan dalam edisi kali ini.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat berjaya kepada pasukan bola sepak negara yang akan beraksi di pentas Piala Asia 2023 di Doha, Qatar bermula 12 Jan hingga 10 Feb ini.
Menerusi hantaran di laman media sosial, beliau meluahkan keyakinan bahawa pasukan kendalian Kim Pan Gon itu mampu memberi saingan dalam edisi kali ini.
"Ini pejuang hebat, pasukan Harimau Malaya, bertarung, sabar kukuh semangat, istiqamah. Selama 42 tahun kita menanti, sekarang saudara-saudara bangkit sebagai pejuang dan bertarung, kami doakan... insya-Allah sukses.
"Mewakili seluruh rakyat Malaysia, saya mendoakan kejayaan buat skuad Harimau Malaya. Berjuanglah sepenuh jiwa demi lencana di dada!" kata Perdana Menteri.
Harimau Malaya menamatkan penantian 42 tahun untuk layak secara merit ke pusingan akhir Piala Asia, dan bakal menentang Jordan dalam aksi pertama kumpulan E, pada 15 Januari ini.
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#Piala Asia 2023
#Qatar
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan