awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Asia 2023: Selepas 63 tahun gagal rebut peluang Korea Selatan idamkan kejuaraan

Bernama
Bernama
11/01/2024
22:45 MYT
Piala Asia 2023: Selepas 63 tahun gagal rebut peluang Korea Selatan idamkan kejuaraan
Pada edisi kali ini, pasukan Korea Selatan berharap penyertaan mereka akan melakar pencapaian bersejarah. - Foto AFC
DOHA: Pasukan bola sepak Korea Selatan mengidamkan untuk merangkul gelaran juara dalam kejohanan bola sepak Piala Asia 2023 yang akan berlangsung di Doha, Qatar dari 12 Jan hingga 10 Feb.
Jurulatih pasukan itu, Jurgen Klinsmann, berkata beliau berharap dapat memimpin pasukannya meraih kemenangan selepas 63 tahun sejak negara ini muncul juara pada 1956 dan 1960, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Bagaimanapun, rakyat Korea Selatan akui impian itu bukanlah satu tugas mudah memandangkan kesukaran yang terpaksa diharungi dalam edisi terakhir kejohanan berkenaan.
Pada edisi kali ini, pasukan Korea Selatan berharap penyertaan mereka akan melakar pencapaian bersejarah.
Jurulatih dari Jerman itu, pada awal kariernya bersama pasukan Korea Selatan telah menerima kritikan daripada media dan peminat kerana gagal mencapai sebarang kemenangan dalam mana-mana lima perlawanan pertamanya.
Bagaimanapun, beliau berjaya mengubah pandangan itu selepas membantu pasukannya memperoleh enam kemenangan berturut-turut.
Klinsmann menyifatkan gelanggang Piala Asia Qatar 2023 sebagai peluang untuk merangkul kejuaraan buat Korea Selatan.
Korea Selatan berada dalam Kumpulan E bersama Jordan, Bahrain dan Malaysia.
Perlawanan pertama menentang Bahrain akan berlangsung pada 15 Jan sebelum bertemu Jordan pada 20 Jan dan Malaysia pada 25 Jan.
-- BERNAMA
Keputusan, jadual dan berita terkini Piala Asia Qatar 2023 di sini
Topic Berkaitan
#Piala Asia 2023
#Korea Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan