KETUA jurulatih Amerika Syarikat (AS), Gregg Berhalter, yakin pasukannya mampu menewaskan mana-mana lawan pada hari terbaik mereka menjelang perlawanan pertama menentang Wales dalam Piala Dunia Qatar 2022 awal pagi Selasa ini.
Selepas gagal melayakkan diri dalam edisi di Rusia empat tahun lalu, AS merancang untuk mencipta impak di Qatar memandangkan mereka akan menjadi tuan rumah bersama Canada dan Mexico pada 2026.
Dalam edisi di Brazil lapan tahun lalu, jurulatih sebelumnya, Jurgen Klinsmann, mengakui USMNT tidak mampu untuk memenangi kejohanan itu dan walaupun ia satu pandangan realistik, ia dilihat sebagai satu mentaliti terkebelakang oleh ramai orang.
Kali ini, Berhalter tidak menjanjikan pasukannya akan mara jauh di Qatar tetapi berkeyakinan mereka bersedia untuk menewaskan mana-mana lawan.
"Apa yang saya percaya adalah, apabila kami berada pada hari terbaik, kami mampu untuk menewaskan sesiapa di dunia ini, sesiapa sahaja," katanya kepada ESPN.
"Ia adalah satu penghormatan untuk bermain dalam Piala Dunia tetapi kami bukan hanya mahukan penyertaan, kami mahu mempamerkan prestasi.
"Kami fikir langkah pertama adalah untuk melepasi peringkat kumpulan. Langkah kedua adalah perlawanan kalah mati, bermain dengan sebaik mungkin dan melihat seberapa jauh kami boleh pergi," katanya.
Selain Wales, AS akan turut berdepan England dan Iran dalam saingan Kumpulan B.
Sebagai rekod, mereka hanya empat kali gagal melepasi peringkat kumpulan daripada keseluruhan sembilan penyertaan dalam Piala Dunia.
Astro Arena
Sun Nov 20 2022
Berhalter tidak menjanjikan pasukannya akan mara jauh di Qatar tetapi berkeyakinan mereka bersedia untuk menewaskan mana-mana lawan. - Foto Astro ARENA
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Iran mulakan siasatan nahas helikopter Presiden Raisi
Iran memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara itu.
AWANI Ringkas: Empat individu mengaku bersalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cheng Hoe sudah ada bayangan kesebelasan utama skuad negara
Cheng Hoe berkata ini termasuk tidak menolak kemungkinan menggunakan khidmat arkitek tengah Terengganu FC, Lee Tuck.