KUALA LUMPUR: Status pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong kembali mencetuskan resah apabila dikhabarkan mungkin tidak dapat bersama skuad negara ke Piala Thomas 2024 di Chengdu, China pada 27 April hingga 5 Mei ini.
Ia berikutan makluman daripada Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky yang mengatakan pemain di ranking ke-18 perlu menjalani Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) hari ini bagi menentukan kecergasannya.
"Saya akan bincang dengan Michelle Chai (Pengarah Pentadbiran ABM). Setakat ini tidak boleh cakap dia tak pergi (Piala Thomas) sebab kita sebagai jurulatih dan pihak pengurusan sudah buat yang termampu.
"Kita belum dapat apa-apa maklumat (dari MRI dan doktor) kerana pada perjumpaan lepas, jurulatih kata Tze Yong mahu main. Hendrawan beritahu doktor di Institut Sukan Negara (ISN) sendiri keliru dengan situasi (kecederaan) Tze Yong sekarang," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di ABM Bukit Kiara hari ini.
Tze Yong disahkan mengalami kecederaan belakang pada Kejohanan Berpasukan Asia (BATC) 2024 di Shah Alam, pada Februari lepas dan telah menjalani pembedahan.
SUKAN-BADMINTON (TZE YONG) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Pemain berusia 23 tahun itu terpaksa menarik diri daripada menyertai Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China baru-baru ini sekali gus terlepas peluang membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik Paris 2024.
Bagaimanapun pada minggu lepas, BAM mengumumkan Tze Yong antara barisan pemain perseorangan lelaki negara yang akan menggalas tugas di Piala Thomas.
Rexy berkata jika penukaran pemain dibenarkan, tempat Tze Yong mungkin digantikan dengan seorang lagi pemain negara Eogene Ewe yang menduduki ranking ke-201 dunia.
"Setakat ini kita ada lima pemain namun dalam situasi sekarang Eogene Ewe merupakan paling terbaik untuk menggantikan tempat itu. Namun pengalaman saya, setiap pemain dalam pasukan perlu bersedia untuk bermain terutama pemain perseorangan," katanya.
Sementara itu, Rexy memaklumkan gandingan juara dunia 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Goh Sze Fei akan memulakan latihan Piala Thomas esok manakala Nur Izzudin Rumsani menyertai pasukan pada Khamis ini.
BAM sebelum ini menyenaraikan Lee Zii Jia, Tze Yong, Leong Jun Hao, Cheam June Wei, Justin Hoh, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Muhammad Haikal Nazri bagi saingan Piala Thomas 2024.
Malaysia yang diletak selaku pilihan kelima kejohanan edisi 2024 itu diundi dalam Kumpulan D bersama jaguh Eropah yang juga juara 2016 Denmark, Hong Kong dan Algeria bagi saingan Piala Thomas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 16 2024
Ng Tze Yong dikhabarkan mungkin tidak dapat bersama skuad negara ke Piala Thomas 2024 di Chengdu, China pada 27 April hingga 5 Mei ini. - Gambar fail
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Rashid simpati nasib Tze Yong
Legenda badminton negara Datuk Rashid Sidek berasa simpati dengan nasib dialami perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong yang terpaksa melupakan hasrat membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik.
Tarik diri saingan BAC, Tze Yong bakal terlepas Paris 2024
Ng Tze Yong bakal terlepas penampilan sulungnya di Sukan Olimpik Paris selepas dia menarik diri daripada Kejohanan Badminton Asia (BAC).
Tze Yong masih berpeluang realisasi misi Olimpik Paris andai juarai BAC 2024
Ng Tze Yong masih berpeluang membuat penampilan sulung pada Sukan Olimpik 2024 aris sekiranya berjaya menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BAC) 2024.
Tze Yong harus berhati-hati, sakit belakang cenderung untuk kembali
Dr SS Cheema berkata, sakit belakang tidak dapat diramalkan.
Tze Yong terima suntikan, bantu beraksi di Eropah
Rexy berkata, ikhtiar itu diharap dapat membantu Tze Yong beraksi pada dua kejohanan di Eropah pada 12-17 Mac.
Hannah harap Tze Yong sempat sembuh sebelum kelayakan ke Paris 2024 berakhir
Hannah menaruh harapan agar pemain badminton perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, sempat sembuh sebelum tempoh kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Paris, berakhir April ini.
SELBATC: Zii Jia, Tze Yong tiada dalam senarai aksi final
Zii Jia dilaporkan kembali mengalami masalah pernafasan manakala Tze Yong pula masih bergelut dengan kecederaan otot belakang.
Lee Zii Jia alami masalah pernafasan
Ketiadaan Lee Zii Jia dalam aksi suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (SELBATC) 2024, kerana berdepan masalah pernafasan.
SELBATC: Tiada sesiapa mahu cedera, kami sentiasa mahu berikan yang terbaik - Tze Yong
Ng Tze Yong, menjelaskan dia masih mengalami kecederaan berulang selepas terpaksa menarik diri daripada aksi suku akhir Kejohanan Berpasukan Asia.
BATC medan uji kecergasan Tze Yong
Ng Tze Yong yang mengalami kecederaan belakang pada Terbuka Malaysia Januari lepas berkemungkinan diturunkan menentang Brunei dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia esok.