BISNES
Kestabilan politik jadi aset terbesar Malaysia tarik keyakinan pelabur

Kestabilan politik di Malaysia menjadi punca kepada kenaikan nilai pelaburan negara dengan catatan pelaburan sebanyak RM378.5 bilion pada 2024. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Kestabilan politik terus menjadi aset terbesar Malaysia dalam menarik keyakinan pelabur antarabangsa, sekali gus meletakkan negara sebagai destinasi pelaburan utama di rantau Asia Tenggara.
Ringkasan AI
- Malaysia mencatat pelaburan tertinggi dalam sejarah dengan RM378.5 bilion pada 2024, termasuk RM170.4 bilion pelaburan asing, dan momentum itu berterusan pada separuh pertama 2025.
- Sektor digital menjadi pemacu utama pelaburan, dengan syarikat seperti Google dan Microsoft melabur besar dalam pusat data, AI dan latihan tenaga kerja tempatan.
- Kestabilan politik Malaysia menjadi faktor utama menarik pelabur, berbanding ketidaktentuan di negara jiran, namun Dr Helmy menegaskan kestabilan mesti disertai dasar konsisten dan pembangunan bakat.
“Momentum itu kekal pada separuh pertama 2025 dengan pelaburan berjumlah RM190.3 bilion, manakala pelaburan asing melonjak 43.5 peratus kepada RM106.8 bilion, sekali gus mewujudkan hampir 89,000 peluang pekerjaan baharu.
"Pada 2024 sahaja, Malaysia merekodkan pelaburan diluluskan berjumlah RM378.5 bilion – angka tertinggi dalam sejarah,” ujar Dr Helmy.
Dalam masa sama, sektor digital muncul sebagai pemacu utama dengan RM163.6 bilion pelaburan diluluskan pada 2024, iaitu tiga kali ganda berbanding tahun sebelumnya.
Antara pelabur utama ialah Google, yang melabur RM9.4 bilion untuk membangunkan pusat data dan cloud region pertama di Malaysia, dijangka menjana 26,500 pekerjaan. Microsoft pula memperuntukkan AS$2.2 bilion bagi infrastruktur AI dan latihan kepada 300,000 rakyat Malaysia.
Helmy turut membandingkan kestabilan Malaysia dengan ketidaktentuan politik di rantau ini, termasuk Thailand yang berdepan krisis kepimpinan, Indonesia yang dilanda protes besar-besaran, serta Filipina dengan polemik politik dalaman.
“Berbanding ketidakstabilan serantau, Malaysia masih mengekalkan konsistensi dan kestabilan – faktor pembeza utama di mata pelabur,” tegas beliau.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa kestabilan bukan alasan untuk berasa selesa. Helmy menegaskan ia hanya bernilai jika disertai pelaksanaan dasar yang konsisten dan pembangunan sumber manusia.
“Malaysia tidak boleh selesa – kestabilan hanya bernilai jika kita melaksanakan dasar, melabur dalam bakat, memperkasakan PKS dan memastikan pembangunan digital berjalan mampan,” ujar Dr Helmy lagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami