awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PICK: 50.4 peratus populasi dewasa negara terima suntikan dos penggalak

Bernama
Bernama
30/01/2022
02:18 MYT
PICK: 50.4 peratus populasi dewasa negara terima suntikan dos penggalak
Semalam, 97,300 dos vaksin diberikan melibatkan 732 dos pertama, 898 dos kedua dan 95,670 dos penggalak. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sebanyak 11,809,467 individu dewasa atau 50.4 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19 setakat 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, bagi tempoh sama, seramai 22,923,709 individu dewasa atau 97.9 peratus telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19, manakala 99.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,787,642 atau 88.6 peratus telah melengkapkan vaksinasi sementara 2,867,448 atau 91.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Semalam, sebanyak 97,300 dos vaksin diberikan melibatkan 732 dos pertama, 898 dos kedua dan 95,670 dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 63,384,672 dos.
Sementara itu, menurut portal Github Kementerian Kesihatan (KKM), lima kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan masing-masing satu kematian di Kelantan, Melaka, Pahang, Pulau Pinang dan Selangor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#dos penggalak
#populasi remaja
#populasi dewasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan