awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN tidak kenakan penalti tahun pertama pelaksanaan STSDS
Kes kekecohan di Kampung Sungai Baru: Lapan individu akan dituduh - Polis
Pulau Pinang terus jadi tumpuan percutian, tempahan hotel capai 70 hingga 90 peratus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PICK: 97.2 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi

Astro Awani
Astro Awani
08/12/2021
22:35 MYT
PICK: 97.2 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi
Setakat 11.59 malam tadi, seramai 25.9 juta daripada populasi keseluruhan negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos. -Gambar fail/Freepik
KUALA LUMPUR: Seramai 22.74 juta individu atau 97.2 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, 98.6 peratus atau 23.06 juta daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Dalam pada itu, seramai 25.47 juta individu atau 78 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.
Manakala, 79.3 peratus atau 25.9 juta daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi populasi remaja pula, seramai 2.72 juta individu atau 86.7 peratus telah melengkapkan dua dos.
Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.
Terdapat pertambahan 125,838 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 54.47 juta dos.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#PICK
#suntikan
#vaksin
#populasi dewasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan